“Saya Tiada Masalah Untuk Menyanyikan Lagu Dangdut....” – Nora

Penyanyi, Nora Ariffin, menafikan dakwaan beliau menolak untuk menyanyikan lagu Rindu, pilihan pihak Astro pada konsert minggu keenam program Gegar Vaganza 3 seperti dihebohkan netizen.

Kononnya, penyanyi Di Persimpangan Dilema itu berkeras ingin menyanyikan lagu dendangan Evanescence, Bring Me To Life, yang juga pilihannya sendiri pada persembahan hujung minggu ini.

Jelas Nora, kekeliruan itu timbul disebabkan salah faham dan kesilapan teknikal daripada pihak produksi terbabit.

“Sejak awal lagi, semua peserta diberi peluang untuk menyenaraikan lagu pilihan masing-masing daripada pelbagai genre muzik. Walaupun tidak dinyatakan lagu yang bakal kami nyanyikan secara terperinci, mereka ada memberikan bayangan supaya kami dapat melakukan persiapan, termasuk konsep persembahan dan pakaian.

“Dalam hal ini, saya diberi bayangan akan menyanyikan lagu rock, jadi saya sudah pun membuat persediaan. Apabila diumumkan saya akan menyanyikan lagu Rindu, sudah tentu saya terkejut.

“Sebaik saja saya bertanyakan hal itu kepada pihak produksi, mereka mengaku ia kesilapan teknikal, lantas menukarnya kepada lagu yang berada dalam senarai pilihan saya,” terang Nora ketika dihubungi BH Online, hari ini.

Menurut penyanyi berusia 43 tahun ini, beliau perlu membuat penjelasan bagi memperbetulkan tanggapan netizen yang mendakwa penukaran lagu itu dibuat berikutan dirinya tidak berani menyahut cabaran, selain bimbang genre dangdut mampu membuatkannya tersingkir daripada program realiti popular itu.

“Saya tiada masalah untuk menyanyikan lagu dangdut. Malah, perkara pertama yang menerpa dalam fikiran ketika diumumkan bakal menyanyikan lagu berentak dangdut adalah saya harus tukar konsep pakaian yang sudah direka lebih awal.

“Kalau betul pihak Astro mahu saya menyanyikan lagu Rindu, saya tetap akan menyanyikannya kerana ia adalah tugasan. Lagipun lagu Amelina memang ada dalam senarai pilihan saya. Cuma, saya akan menyampaikan lagu itu dengan gaya yang bersesuaian dengan imej saya hari ini,” ujarnya.

Selain Nora, peserta lain yang meneruskan perjuangan pada konsert minggu keenam Ahad ini ialah Azharina, Zarul, Gmie Screen, Intan Sarafina, Siti Sarah, Zur Eda dan Ameng.

Sebaik saja saya bertanyakan hal itu kepada pihak produksi, mereka mengaku ia kesilapan teknikal, lantas menukarnya kepada lagu yang berada dalam senarai pilihan saya,” terang Nora ketika dihubungi BH Online, hari ini.

Menurut penyanyi berusia 43 tahun ini, beliau perlu membuat penjelasan bagi memperbetulkan tanggapan netizen yang mendakwa penukaran lagu itu dibuat berikutan dirinya tidak berani menyahut cabaran, selain bimbang genre dangdut mampu membuatkannya tersingkir daripada program realiti popular itu.

“Saya tiada masalah untuk menyanyikan lagu dangdut. Malah, perkara pertama yang menerpa dalam fikiran ketika diumumkan bakal menyanyikan lagu berentak dangdut adalah saya harus tukar konsep pakaian yang sudah direka lebih awal.

“Kalau betul pihak Astro mahu saya menyanyikan lagu Rindu, saya tetap akan menyanyikannya kerana ia adalah tugasan. Lagipun lagu Amelina memang ada dalam senarai pilihan saya. Cuma, saya akan menyampaikan lagu itu dengan gaya yang bersesuaian dengan imej saya hari ini,” ujarnya.

Selain Nora, peserta lain yang meneruskan perjuangan pada konsert minggu keenam Ahad ini ialah Azharina, Zarul, Gmie Screen, Intan Sarafina, Siti Sarah, Zur Eda dan Ameng.

Sumber: Bharian

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments