Seekor Kucing Makan 13 Bangkai Kucing Lain Untuk Hidup

Satu kejadian yang memilukan buat pencinta haiwan berlaku di Australia. Badan kebajikan dan kekejaman haiwan di Australia menemui 13 bangkai kucing dan seekor kucing yang masih hidup selepas menyerbu sebuah rumah di selatan Australia.


 Kucing Makan 13 Bangkai Kucing Lain

Di katakan 14 ekor kucing telah dikunci dan ditinggalkan di dalam sebuah rumah oleh tuan mereka.

Kerana terlalu lapar, kucing yang hidup mula makan bangkai kucing lain yang telah mati.

Hanya seekor kucing bernama Trooper terselamat dan ditemui dalam keadaan yang amat kurus kering dan kurang nutrisi.

 Kucing Makan 13 Bangkai Kucing Lain

Tuan kepada kucing-kucing berkenaan telah ditahan dan dia merupakan seorang wanita berusia 43 tahun.


Kini wanita itu dihukum untuk berkelakuan baik selama 12 bulan dan diharamkan daripada membela sebarang jenis haiwan.


Andrea Lewis yang merupakan inspektor penylamat haiwan telah menyeru kepada orang ramai supaya menjaga haiwan peliharaan mereka dengan baik.


Andrea juga menggesa haiwan belaan diberikan kepada sahabat atau saudara-mara jika pemilik terpaksa meninggalkan haiwan mereka untuk tempoh yang lama.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments