Terkejut Besar Selepas Lihat Rakaman CCTV Di Kelab Malam

Seorang pemilik sebuah pub (kelab malam) terkejut apabila kamera litar tertutup (CCTV) di premis miliknya itu merakamkan imej lembaga putih yang secara tiba-tiba muncul dari permaidani, demikian lapor laman mirror.co.uk.


Terkejut Besar Selepas Lihat Rakaman CCTV Di Kelab Malam

David Langley Evans, 49, menyedari kewujudan rakaman imej berkenaan selepas dia memeriksa rakaman CCTV premisnya yang dikenali sebagai ‘pub berhantu’.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan satu imej berwarna putih secara tiba-tiba muncul dari permaidani dan kemudiannya perlahan-lahan memanjat dindang menuju ke bahagian siling.


Menurut David: “Saya sudah melihatnya sebelum ini dengan mata saya sendiri…namun kini saya mempunyai bukti mengenainya. Sejak lebih sepuluh tahun saya berada di pub ini…saya sudah lihat semua jenis kejadian berhantu di sini.”

Baca dan tonton juga:
1: Video: Kawan mati kemalangan datang ke majlis makan dan karaoke
2: Video: Makhluk Sedang Basuh Pinggan Dirakam CCTV

Tambah David, dia berharap kumpulan pakar paranormal boleh menjelaskan mengenai kejadian aneh tersebut.

Tonton video Pemilik Sebuah Kelab Malam Terkejut Setelah Menyaksikan Rakaman CCTV di bawah.





Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments