Wanita Tak Tahu Dirinya Mengandung Sehingga Air Ketuban Pecah

Seorang wanita langsung tidak menyedari dirinya mengandung sehinggalah air ketubannya pecah. Menurut laporan South China Morning Post, wanita berkenaan dibawa ke hospital selepas ditemui dalam keadaan lemah di pintu masuk sebuah kafe siber, 4 November lalu.


Wanita Tak Tahu Dirinya Mengandung Sehingga Air Ketuban Pecah

Pemeriksaan doktor mendapati bayi di dalam kandungan wanita berkenaan sudah meninggal dunia beberapa hari sebelum dia ditemui.

Wanita berkenaan yang merupakan seorang anak yatim piatu berkata, dia terkejut selepas diberitahu oleh doktor mengenai khabar tersebut.

“Perut saya menjadi besar, dan saya datang haid bulan lalu jadi saya tak menyangka saya mengandung,” katanya yang banyak menghabiskan masa melayari internet.

Dia kini sudah dibenarkan keluar dari hospital.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments