3 Maut, 2 Cedera Termasuk Jurukamera RTM Akibat Ditembak (4 Foto)

Tiga orang disahkan maut dalam satu kes tembakan di Pulau Pinang. Salah seorang mangsa yang maut termasuk seorang yang dipercayai berpangkat Datuk. Kejadian tembakan ini berlaku di Tun Dr Lim Chong Eu Expressway, Pulau Pinang.


3 Maut, 2 Cedera Termasuk Jurukamera RTM Akibat Ditembak (4 Foto)

Menurut laporan The Star, ketiga-tiga mereka berada di dalam kereta ketika ditembak dalam kejadian kira-kira 7.30 malam hari ini.

Dua lagi mangsa tembakan cedera dalam kejadian tersebut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid telah mengesahkan kejadian tembakan tersebut.

Pihak polis kini masih lagi melakukan siasatan di tempat kejadian.


Difahamkan, mangsa keempat yang juga seorang wanita cedera parah akibat ditembak dan dibawa ke Hospital Penang untuk rawatan.

Seorang lagi mangsa ialah jurukamera RTM bernama Muhamad Amirul Amin Amir juga terkena tembakan di dada ketika melalui kawasan tersebut.

3 Maut, 2 Cedera Termasuk Jurukamera RTM Akibat Ditembak (4 Foto)

3 Maut, 2 Cedera Termasuk Jurukamera RTM Akibat Ditembak (4 Foto)

Amirul dikatakan sedang menuju ke Pesta Pulau Pinang bersama rakannya, Mohamad Iskandar Osman ketika kejadian berlaku.

Mangsa yang cedera dilaporkan stabil dan sedang dirawat di hospital.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan ke Majlis Perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.

3 Maut, 2 Cedera Termasuk Jurukamera RTM Akibat Ditembak (4 Foto)

3 Maut, 2 Cedera Termasuk Jurukamera RTM Akibat Ditembak (4 Foto)

The Star dalam satu kemaskini melaporkan seorang lagi cedera dalam kejadian tersebut. Namun identiti mangsa masih belum diketahui.

Utusan Online dalam satu laporan memberitahu mereka difahamkan seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad Pulau Pinang turut cedera dalam kejadian. Sumber: Sinar Online, The Star, Utusan Online


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments