Header Ads

  • Terkini

    Adik Kongsi Cerita Kakak Bertemu Jodoh Dengan Cara Yang “Rare”

    Ini memang satu cerita yang menjadi tumpuan ramai sekaligus menjadi viral. Seorang adik telah berkongsi cerita bagaimana kakaknya mendapat jodoh dengan cara yang agak 'rare' sekali. Biar betul, apa yang 'rare' sangat tu?..


    Adik Kongsi Cerita Kakak Bertemu Jodoh Dengan Cara Yang “Rare”

    Jom baca kisah beliau di bawah ini:

    Jodoh Rare

    Hai. Thanks admin sebab approve confession aku yang tak berapa nak confess ni. Aku cuma teringin nak kongsi cerita.

    Ni kisah kakak aku dan laki dia (abang ipar aku) yang boleh aku kata agak rare la.

    Meh nak cite. Kakak aku ni boleh kata cun la. Ala2 zaryn min tapi lagi lawa. Orang la duk kata muka dia cam artis tp pada aku yang dah tatap muka dia hari2 takde la nak puji apa an. Aku dh biasa tengok.

    Tapi lawa2 dia pun, susah gile dia nak di approach. Memang gile punya susah la. Aku tahu la ramai gile yang try kakak aku ni. Sebab dia selalu cite kat aku. Dan aku cuma pendengar setia.

    Kadang2 menyampuk la tanya ensem ke tak mamat yg try dia. Pastu dia pun jawab la “bukan taste akak” or apa2 je lah. Yang pasti dia bukan jual2 mahal pastu layan. Tak. Dia memang tak layan.

    Aku pun tak faham. Senang cite dia memang cenggitu.

    So, dipendekkan cerita…

    Kisah Dilanggar

    Satu hari dia keluar (chop. Ini cite time dia study dulu.skang dia dah kawen. Baru kawen) dengan motor kawan dia. Keluar cari makan area kampus dia. Tak silap aku la.

    Then tengah best order makan tetiba ada satu kereta mazda langgar motor kawan dia baik punya sampai motor tu terperosok jugak la bawah kete tu. Motor tu duk diam2 parking pun boleh langgor. Entah paseipa taktau.


    Kakak aku dah ketar lutut dah. Sebab tu motor kawan dia an. Family aku pun bukan kaya nau nak ganti. Kalau kaya dia x pinjam motor kawan, bawak motor sendiri.

    Pahtu, bermulalah kisah. Yang langgor motor kawan kakak aku tu laki, student kampus dia jugak. Adeh. Nak tak nak, kakak aku memang kena slalu contact mamat tu untuk settle bayar ganti rugi dan apetah lagi.

    Time tu kakak aku dah final sem dah. Elok je grad, kawen kau tau. Dengan mamat tu.
    Jodoh dalam pagar betoii.

    Cite tak abis lagi....

    Pengakuan Sebenar

    Waktu kenduri kakak aku, malam lepas abih kenduri tu kitorang lepak la adik beradik yang dh besar2 ni dengan abang ipar baru.. Pastu main ah apebenda nama dia, truth or dare. Saje la main.

    Pastu terkeluar la soalan2 yang ngarut2 an. Pastu terkena pulak turn abang ipar aku..

    Aku tanya la, macamana boleh tackle kakak. Padahal dia kemain susah nak layan laki.

    Pastu abang ipar aku kata la ayat cliche , dah jodoh tak kemana. Abang ipar aku pun jenis yang baik. Yang tak la orang kata kaki lepak kaki travel ke kaki apa lagi takde. Dia pun aku tengok sopan santun senyap ala2 nerd. Tapi jawapan dia lepas tu memang win ah.

    Tekad Langgar Motor

    “Abang tekad langgar motor kakak awak.”

    Tercengang kitorang. Rupanya, abang ipar aku memang saje langgar motor kawan kakak aku semata-mata nak ada alasan untuk contact kakak aku.

    Dia cite la, sebelum tu dia memang dah kenal kakak aku. Tapi x berani nak tegur. Sebab banyak kali dengar kisah2 rejection kakak aku terhadap laki2 dalam kampus tu. Dia pun berani usha dari jauh je. Sampai la satu hari dia dalam kete baru sampai kat kedai makan ternampak kakak aku parking motor kat kedai sama pastu walk in kedai tu.. Mungkin hidayah dr Allah, dia macam tekad gile nak langgar motor tu. Pastu dia langgar.

    Dan dari situ dia kata barulah dia ngurat kakak aku sikit2. Hahhaha. Aku pun macam, “ngurat sikit2?”

    Adelah kot dia mengayat2. Entah lah. Hahaha.

    Dari asbab langgar motor, kakak aku dapat jodoh dia. Kakak aku kata senang nak berurusan dengan abang ipar aku. Suh bayar, bayar je. Aku kata memang lah. Dah tu method ngorat dia. Pastu dia gelak.

    Kakak aku kata bukan sebab tu je dia jatuh hati. Tapi sebab abang ipar aku jenis straight to the point. 5 kali jumpa pastu mintak tarikh nk masuk minang. Pantas dan efisyen.

    Ada Hikmah

    Aku kongsi cite bukan nak suruh laki2 luar sana langgar memana motor. Kejadian yg berlaku antara kakak dan abang ipar aku langsung tidak menyebabkan kecederaan siapa2. Dan nasib baik abang ipar aku agak mampu la untuk jahanamkam satu LC dan mazda semata-mata nak dapatkan cinta dia. Cewah.

    Aku cuma nak cakap, kadang2 apa2 ujian atau malapetaka yang datang sebenarnya ada hikmah yang berjalan seiringan dengannya. Ha..

    Ujian : motor kena langgar.
    Hikmah : bertemu jodoh.
    Hm. Tu je lah.


    Sumber – Adik Ipar


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad