Terkini


Ameng Spring Mahu Derma Hadiah GV3 Kepada Sekolah Tahfiz

Walaupun hanya mendapat tempat keempat dalam konsert Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), Ameng mahu mendermakan sebahagian wang kepada sekolah tahfiz.


Ameng Spring Mahu Derma Hadiah GV3 Kepada Sekolah Tahfiz

Vokalis Spring itu juga berniat menggunakan ganjaran pertandingan nyanyian yang dimenanginya Ahad lalu untuk membantu rakan-rakan lain yang dalam kesusahan.

"Saya akan mendermakan sedikit kepada sekolah tahfiz dan membantu rakan yang dalam kesulitan," katanya seperti dilapor Harian Metro.

"Saya juga akan memanfaatkannya sebagai persiapan untuk berpindah ke Kuala Lumpur."


Pemilik nama sebenar Wan Aminuddin Wan Ismail membawa pulang wang tunai RM15,000, pakej percutian dan trofi yang jumlah keseluruhannya mencecah RM41,000.

Menjawab kontroversi pulang awal selepas konsert, Ameng nafi berasa kecewa akibat gagal menjadi juara sebaliknya hanya mahu berehat.

Selain alasan perlu balik ke kediamannya di Melaka, penyanyi “Bourgenvilla” juga mahu memenuhi undangan majlis keesokan hari.

“Selama dua bulan bertungkus-lumus untuk GV3, tiba masa saya berehat dan pihak media yang hendak menemu bual boleh melakukannya pada masa lain dan bukan pada malam itu,” katanya.

GV3 menyaksikan Azharina dinobatkan juara dan membawa pulang hadiah RM100,000 diikuti Siti Sarah sebagai naib johan dan Zarul Umbrella (tempat ketiga).

Tempat kelima dimenangi Intan Sarafina dan vokalis Screen Gmie ditangga keenam.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments