Header Ads

  • Terkini

    Anggota JPJ Maut Tak Sempat Tahu Isteri Hamil Anak Kembar

    Melaka – Anggota Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mohd Ridzuan Md Yusop, 34, yang maut digilis treler bulan lepas tidak sempat mengetahui isterinya hamil dengan anak kembar mereka.


    Anggota JPJ Maut Tak Sempat Tahu Isteri Hamil Anak Kembar

    Isterinya Siti Anida Lihat, 35, berkata beliau juga baru sahaja mengetahui dirinya hamil dengan anak kembar setelah membuat pemeriksaan baru-baru ini.

    Katanya suaminya terlalu menginginkan seorang anak lelaki memandangkan mereka hanya mempunyai seorang anak perempuan, Nur Dhamirah Izzati, yang kini berusia empat tahun.

    “Siapa yang tidak sedih apabila kehilangan suami lebih-lebih lagi di saat kehamilan, namun saya perlu terus kuatkan semangat demi meneruskan hidup,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Cheng di sini, Selasa.

    Beliau ditemui selepas penyampaian cek faedah pengurusan mayat (FPM) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang disampaikan Pengarah Perkeso Melaka Fadhilah Hamil.


    Pada 23 November lepas Mohd Ridzuan maut digilis sebuah treler dalam satu kejadian berhampiran Plaza Tol Setia Alam menghala Setia Alam di Selangor.

    Siti Anida juga seorang suri rumah cuba mengetepikan perasaan sedih yang bertandang dengan beranggapan bahawa arwah suaminya itu pergi bekerja memandangkan mereka hanya berjumpa pada hujung minggu akibat lokasi kerja arwah suaminya itu terletak di Selangor.

    “Setiap malam air mata saya mengalir apabila mengenangkan saya tidak lagi dapat mendengar suara apatah lagi menatap wajahnya. Namun saya percaya kepada perancangan dan peraturan yang telah ditetapkan untuk saya,” katanya dengan nada sebak.

    Sementara itu, Fadhilah berkata waris Allahyarham layak mendapat FPM bernilai RM1,500 selain pencen bulanan turut diberikan kepada isterinya sehingga akhir hayat, manakala, anak-anaknya pula sehingga berumur 21 tahun atau jika menyambung pengajian mereka hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

    “Arwah merupakan kakitangan kerajaan di mana dikecualikan mencarum di bawah skim Perkeso namun kami melakukan inisiatif dengan membuat semakan mendapati arwah pernah berkhidmat dengan dua syarikat swasta sebelum ini sekali gus melayakkannya memenuhi syarat kelayakan minimum pencen penakat,” katanya. – Bernama


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad