Terkini


Bolot Tiga Hadiah, Ayda Jebat Ungguli Anugerah Melodi 2016

KUALA LUMPUR, ― Pelakon Ayda Jebat mengungguli Anugerah Melodi 2016 yang julung kali diadakan apabila membolot tiga kategori termasuk anugerah utama, personaliti sensasi.


Ayda Jebat Ungguli Anugerah Melodi 2016


Anugerah itu yang dibuat berdasarkan undian peminat juga menjulang penyanyi Nakal Nakal Nakal sebagai penerima anugerah personaliti muzik dan personaliti media sosial.

Sementara itu, Neelofa mendapat anugerah personaliti pengacaraan, manakala Nazim Othman menerima personaliti fesyen.

Bersiaran sejak 1992, Melodi dianggap program berita hiburan dan gosip paling sensasi yang menjadi “tontonan wajib” setiap hujung minggu.


Pelakon, usahawan dan pengacara terkenal Neelofa menggenggam Anugerah Melodi 2016 yang dimenanginya malam ini. ― Foto oleh Choo Choy May Mulanya disiarkan selama setengah jam, ia ditambah menjadi sejam susulan sambutan hangat penonton TV3.

Anugerah Melodi 2016 yang diacarakan AG Hot FM dengan gandingan pengacara pertama Melodi, Datuk Mahadzir Lokman, menawarkan 12 kategori.

Ayda Jebat Ungguli Anugerah Melodi 2016

Ia disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Majlis penyampaian anugerah turut diserikan dengan persembahan hangat artis-artis popular dari dalam dan luar negara seperti Amy Search, Misha Omar, Afgan dan Marcell.

Senarai pemenang Anugerah Melodi 2016:

1. Personaliti Sensasi Melodi 2016: Ayda Jebat
2. Personaliti Sukan Melodi: Datuk Lee Chong Wei
3. Personaliti Fesyen Melodi: Nazim Othman
4. Personaliti Media Sosial Melodi: Ayda Jebat
5. Pasangan Sensasi Melodi: Akim & Stacy
6. Personaliti Komedi Melodi: Jep Sepahtu
7. Personaliti Pengacaraan Melodi: Neelofa
8. Personaliti Drama Melodi: Fattah Amin
9. Personaliti Muzik Melodi: Ayda Jebat
10. Personaliti Filem Melodi: Zizan Razak
11. Personaliti Drama Korea Paling Berpengaruh: Park Bo-gum
12. Personaliti Luar Negara: Afgan (Indonesia)


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments