Terkini


Dari Tangan Najib Kepada Anis, Saddiq Dermakan Hadiah RM10,000

Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan hadiah tunai RM10,000 yang diterimanya tahun lalu dalam satu majlis dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan didermakan kepada aktivis pelajar Anis Syafiqah Md Yusof bagi membantu siswa.


Dari Tangan Najib Kepada Anis, Saddiq Dermakan Hadiah RM10,000

“Ingat lagi saya bila disoal oleh media tentang wang berjumlah RM10,000 yang saya terima.

“Saya berjanji bahawa saya akan gunakan wang tersebut untuk memperjuangkan hak kebebasan bersuara kerana itulah sebab asal saya memperolehi anugerah itu,” kata bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa yang memenangi beberapa pertandingan debat peringkat universiti itu.

Minggu lalu, Universiti Malaya memutuskan Anis dan 2 lagi pelajar digantung pengajian 1 semester, diberi amaran dan dikenakan denda RM400 kerana terbabit dalam himpunan #TangkapMO1 di Kuala Lumpur pada Ogos lepas.


Himpunan #TangkapMO1 diadakan bagi mendesak pihak berkuasa menangkap dan mendakwa “Malaysian Official 1”, yang disebut dalam kertas siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap 1MDB dan kerap dikaitkan dengan Najib.

Baca: 9 Dipanggil Polis, Penganjur #TangkapMO1 Berdepan 3 Dakwaan

Saddiq berkata wang itu, yang masih tidak dibelanjakannya, merupakan hadiah sempena Anugerah Perdana Belia Negara “atas berkat sokongan dan dorongan dari YB Khairy Jamaluddin”, merujuk ketua Pemuda Umno yang juga menteri belia dan sukan.

“Saya mendapat anugerah itu atas kejayaan mendapat Pendebat Terbaik Asia sebanyak 3 kali. Debat yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara, hak menzahirkan idea dan rasa.”

Bagi Saddiq, sumbangan itu merupakan “pelaburan untuk pemerkasaan kuasa anak muda”.

Menurutnya, beliau sudah membelanjakan banyak wang simpanan peribadi sejak menceburi PPBM yang ditubuhkan September lalu.

“Ia menyakitkan, ia menyukarkan. Tetapi perjuangan mesti diteruskan.”


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments