Terkini


Ekonomi 2017: Ringgit Terus Lemah, Harga Meningkat, Inflasi Naik?

Ahli ekonomi menjangkakan nilai ringgit akan terus lemah dan harga makanan pula akan meningkat lebih tinggi, lapor akhbar The Edge Financial Daily. Memetik satu kajian oleh Nomura Research, akhbar berkenaan juga melaporkan pengguna dijangka mengurangkan perbelanjaan dan barangan import menjadi lebih mahal, selain meningkatkan inflasi.


Ekonomi 2017: Ringgit Terus Lemah, Harga Meningkat, Inflasi Naik?

Malah, ahli ekonomi juga memberi amaran bahawa tahap inflasi Malaysia tahun depan yang diukur oleh Indeks Harga Pengguna (IHP), boleh meningkat sebanyak 2.8 peratus.

Oktober lalu, IHP meningkat 1.4 peratus, terutama ke atas minuman keras yang mahal, tembakau dan makanan dan minuman bukan alkohol.

Nomura Research berkata, mereka menjangkakan inflasi Malaysia akan meningkat 2.8 peratus tahun depan (daripada 2.1 peratus bagi tempoh 10 bulan tahun ini).

“Ini harus didorong terutama oleh kesan asas daripada harga minyak,” kata kajian itu.

Ahli ekonomi UOB, Julia Goh pula menjangkakan tekanan inflasi yang lebih tinggi pada tahun 2017 dengan ramalan pertumbuhan IHP berkembang 2.5 peratus.

“Berikutan nilai ringgit yang lemah kami menjangkakan, harga makanan yang lebih tinggi, kenaikan sederhana harga minyak dan kemungkinan penyelarasan gas dan tarif elektrik selain proses rasionalisasi subsidi.


“Dengan luputnya Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan menjelang akhir tahun, juga boleh memberi kesan kepada pelarasan harga tahun depan, walaupun kerajaan mungkin mengumumkan langkah baru bagi mengelakkan kenaikan harga melampau,” katanya.

Mengenai ringgit, Goh menjangkakan bahawa mata wang tempatan akan diniagakan pada 4.50 berbanding dolar Amerika Syarikat pada 2017.

Norsyafina Mohamad Zubir seorang lagi ahli ekonomi dari JP Apex Securities turut dipetik sebagai mengunjurkan peningkatan inflasi pada 2017 sebanyak 2.5 peratus.

“Kadar inflasi dijangka meningkat sebanyak 2.5 peratus pada 2017 disebabkan oleh harga alkohol dan komponen tembakau yang tinggi, serta kenaikan harga barang makanan dan minuman berikutan penghapusan subsidi minyak masak dan kenaikan harga borong gula halus,” katanya kepada The Edge Financial Daily.

Beliau berpendapat bagi dasar monetari pada tahun 2017, Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin akan mengekalkan kadar dasar semalaman pada tiga peratus.

“Kami tidak menjangka pemotongan kadar itu untuk sepanjang tahun ini, melainkan jika ekonomi global terus lemah,” katanya.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments