Header Ads

  • Terkini

    Elly Mazlein Harap Bekas Suami Akan Selalu Jenguk Sefhia

    Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein, 36, berharap tindakan bekas suaminya, pengarah Azmi Hatta datang melawat Sefhia akan berterusan demi masa depan anak mereka yang kian membesar.


    Elly Mazlein Harap Bekas Suami Akan Selalu Jenguk Sefhia

    Memetik laporan Harian Metro, Elly berkata, beliau seronok melihat Sefhia dilayan bapanya.

    "Saya berharap selepas ini Azmi kerap menjenguk Sefhia. Apa pun yang berlaku antara kami, dia tetap bapa kepada Sefhia. Saya tak boleh memisahkan mereka,” katanya.

    Azmi buat pertama kali datang melawat Sefhia di kediaman Elly yang terletak di Cyberjaya, semalam.


    Kata Elly, hadiran Azmi dianggap satu nikmat apatah lagi ia berlaku pada bulan kelahirannya sekali gus menyifatkan ia sebagai hadiah hari jadinya yang bakal disambut tidak lama lagi.

    "Memang selama ini saya tak pernah menghalang dia melawat anak. Tambahan pula perkara ini sudah ditetapkan mahkamah. Cuma mungkin ada sebab tertentu membuatkan dia (Azmi) tidak berbuat sedemikian.

    Elly Mazlein

    "Apapun selama hampir sembilan bulan, saya tak pernah menyimpan dendam. Alhamdulillah apabila dia memaklumkan mahu jumpa anak, saya terbuka dan berlapang dada. Malah itu sepatutnya yang dia lakukan dari dulu lagi.

    "Saya menganggap pertemuan Azmi dengan Sefhia sebagai hadiah hari jadi saya yang jatuh pada 17 Disember ini,” katanya.


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad