Terkini


Fathia Latiff Viralkan Wajah Pramugari Enggan Angkat Begnya

Terbaru, pelakon Fathia Latiff pula dikecam Netizen kerana memviralkan wajah seorang pramugari MAS yang menolak untuk mengangkatkan beg Fathia ke kompartmen di atas kerusi penumpang dalam kabin pesawat yang dinaikinya.


Fathia Latiff Viralkan Wajah Pramugari Enggan Angkat Begnya

Fathia memuat naik wajah pramugari itu di Twitter sambil memuat naik tweet berbentuk sinis terhadap Malaysia Airlines.

Fathia Latiff Viralkan Wajah Pramugari Enggan Angkat Begnya

Bagaimanapun, tindakan Fathia itu ternyata kurang bijak kerana ia mengundang kecaman netizen. Disebabkan itu, Fathia telah memadam tweet tersebut dan mendakwa dia hanya meminta tolong dari pramugari tersebut untuk mengangkat beg bersamanya ke kompartment atas namun pramugari itu meninggikan suara dan membuat mimik muka.

Seorang bekas pramugara Air Asia, Firdxus Sinichi Mxnsxr, telah menulis panjang lebar mengenai tindakan Fathia di akaun Facebook miliknya.


Dear Fathia Latiff,

Quote: Just a servant of Allah and still seeking for Allah’s mercy..
Saya pick that quote dari your own twitter!!

Bukan kah mencari keampunan dan mencari jalan yg diredhai Allah itu datang dengan pelbagai cara? Salah satunya:

Saya mula kan Ya Allah..Maafkanlah Hambamu ini jika ini mengaibkan cik fathia latif tp dia perlu di berikan sedikit ilmu pengetahuan supaya lebih cerdik lepas ni..

Apabila kita melihat keburukan orang lain, lihatlah dulu keburukan kita. Senaraikan satu persatu kejelikkan diri kita. Sungguh kita tak kan mampu menghitungnya, tidak tahu sama ada ianya terlalu sedikit atau terlalu banyak untuk dihitung. Syurga dan neraka adalah HAK ALLAH. Dia yang lebih layak menilai hambanya.

Sekali pun dia buat salah, tegurlah dia dengan cara yang tersembunyi (private) tanpa membuka aibnya pada orang lain. Aib ini adalah dengan menyebut nama dan keburukannya kepada orang lain.

Sungguh banyak ber buat dosa, tidak layak ku untuk ke syurgaMu, Ya Allah..tapi takut pula aku untuk ke nerakaMu. Ya Allah, ampunilah dosaku dan saudara-saudaraku dan tutuplah aib-aibku.
p/s : Kita nampak dan kelihatan baik sebab Allah tutup semua aib kita.

So back to your twitter thingy after u delete the LSS picture then u then post this..

“I didnt c.o.m.m.a.n.d her to carry the bag. I was just asking her f.a.v.o.r to assist me to put the bag in the overhead compartment.”
Care to elaborate more how you actually ask for her help? Like leaving your back on the aisle ? Then asked her to lift for you? Then she replied she got back problem? Yes. For your information when cabin crew got back problem they can still fly and her action was right.. infact in the first place its not their job to carry your baggage. So OSHA requirement if u can’t lift ur bag to the overhead compartment or put it under the seat then u should check in ur luggage. #commonsense so i gave back to you.. its common sense

Then your 2nd tweet:

“She x have to be rude by raising her voice and making faces. It doesnt matter wherever u sit. Economy or business. Etiquette is etiquette.”

She is one of wonderful Leading Stewardess and I doubt that she ever raised her voice. Very typical answer utk lari dari salah sendiri mcm that Tasneem girl apa nama dia aku still lupa.. korang dua sama.. Supervisory crew in Malaysia Airlines had been serving passenger even before your were born. They had serve the company more than 20/25 years so they know rules and regulations and safety procedure in their head..

So girl have some consideration. If you have a complaint, do it properly and complain to the staff/website and not via social media.

Ko travel dgn family/friends? Suruh lah mereka angkat bag you tu dan bukan crew..

Boleh bawa bag berkilo kilo dari rumah msuk dalam kereta dan dari check in kaunter smp ke gate.. xkn dlm kapal xlarat? If tak larat then checked in the baggage lah ok.

Compare business class dengan economy passenger? Hahaa u r so wrong.. untuk pengetahuan cik fathia, penumpang penumpang kelas business lebih beradab dari you okkkk. Mereka ada kelas mereka tersendiri waima mereka bawa bag mcm mana pun mereka letak bag mereka sendiri di atas compartment tanpa mengharap kan crew.

Even Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K angkat bag mereka sendiri dan turun kan bag mereka sendiri.

Sepanjang saya bekerja di kelas perniagaan even Datuk Seri Mustapha (Menteri Perdagangan) dan Isteri pun uruskan beg mereka sendiri..

So buat cik Fathia Latiff banyakkan muhasabah diri ok.. I am looking forward for your Public Apology towards the Leading Stewardess.

Luahan hati bekas Pramugara Malaysia Airlines/Airasia

#unitedbywings #cabincrew #fathiacantikkekau #mh #airasia #malaysiaairlines

English iols mmg tungang langgang because ni bukan karangan sekolah so maafkan I yer hehehe

Setakat ini tiada reaksi lanjut dari Fathia mengenai perkara ini. Terdapat Netizen yang berkata semua perkara ini dapat dielakkan sekiranya pramugari tersebut terus membantu Fathia dari membuat alasan yang ‘lemah’, namun seorang pengguna Facebook lain menerangkan bahawa pembantu penerbangan tidak dituntut untuk mengangkat beg penumpang, sebaliknya ia adalah tanggungjawab penumpang sendiri, seperti yang tercatat pada Maklumat Keselamatan dan Perkhidmatan dalam majalah dalam penerbangan (in-flight).


Sebenarnya juga, terdapat kes di mana pembantu penerbangan yang kerap membantu penumpang mengangkat beg berat ke kompartment atas kepala mengalami masalah cakera tulang belakang tergelincir (slipped disc). Bagi mereka yang pernah mengalaminya, ia adalah satu jenis kesakitan yang sukar digambarkan.

Oleh itu, sekiranya anda membawa beg berat semasa penerbangan, daftar masuk ke tempat penyimpanan bagasi atau angkat sendiri beg anda kerana ia tanggungjawab anda. Apa pendapat anda? – beautifulnara.com

Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments