Terkini


Fattah Amin Akui Sudah Bertemu Dengan Keluarga Neelofa

Memang tidak dapat dinafikan, bahawa drama Suri Hari Mr Pilot, telah membibitkan perasaan cinta Fattah Amin terhadap Neelofa. Bila ingin berkawan rapat dengan anak dara orang, pasti seorang lelaki budiman akan meminta kebenaran untuk terus berkawan dengan anak perempuan mereka.


Fattah Amin Akui Sudah Bertemu Dengan Keluarga Neelofa

Itulah yang dilakukan oleh Fattah Amin apabila beliau mengakui sudah bertemu dengan keluarga Neelofa untuk meminta restu agar mereka boleh berkawan rapat. Ada memang ada (jumpa keluarga). Perkara macam ini kita tidak tahu lagi. Jodoh itu ditangan Allah kita boleh merancang sahaja.

Fattah Amin Akui Sudah Bertemu Dengan Keluarga Neelofa

Kalau nak berkawan rapat dengan seorang perempuan, mestilah kena jumpa minta kebenaran keluarga. Saya seorang lelaki yang kalau hendak berkawan dengan perempuan dan ketara nampak di tempat awam, saya pastinya akan minta restu keluarga.


Pada masa yang sama, Neelofa yang turut hadir bersama Fattah di Anugerah Melodi TV3 baru-baru ini memberitahu beliau sudah sedia untuk menamatkan zaman bujangnya.

Saya pun dah 27 tahun. Saya rasa saya perlukan masa dan ruang bernafas juga untuk buat pilihan terbaik untuk masa depan saya. Tapi (soal kahwin) sensitif sangat hendak cerita sebab ia melibatkan keluarga saya dan melibatkan orang lain juga. Saya tak nak sakitkan hati sesiapa.

Sekarang saya pun tak tahu siapa jodoh saya. Untuk sekarang saya berkawan dan pilihan masih terbuka dan biarlah ia berjalan seperti biasa.

Fattah Amin & Neelofa

Mesti peminat #lofattah cair mendengar kenyataan “gentleman” Fattah. Iyalah, bukan mudah hendak dapat lelaki yang sanggup bertemu dengan keluarga seseorang wanita itu ketika di awal perkenalan.  Ermm..

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments