Terkini


Gara-Gara Tak Sabar Pesan Roti Canai, Perut Polis Terburai

Gara-gara salah faham dan tidak sabar ketika memesan roti canai telah mengakibatkan seorang anggota polis berusia 26 tahun hampir maut ditikam seorang lelaki di sebuah restoran yang terletak di Menara A, Kondominium Selayang Point, Batu Caves.


Gara-Gara Roti Canai, Perut Anggota Polis Terburai

Kejadian yang berlaku kira-kira 5.40 pagi semalam berlaku selepas seorang polis berpangkat Konstabel yang juga merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) telah memesan roti canai daripada seorang lelaki yang disangkakan pelayan restoran tersebut.

Akan tetapi lelaki tersebut tidak menghiraukan pesanan mangsa lalu beredar daripada restoran dan dipercayai juga rakan kepada lelaki itu dikatakan menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa, dan menyebabkan mangsa tidak berpuas hati lalu mengejar individu tersebut hingga ke lobi di mana kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad memberitahu berlaku pergelutan antara mangsa dan lelaki tersebut dan mangsa telah ditikam di bahagian perut dengan senjata tajam serta lelaki tersebut hanya mengalami luka ringan.


“Susulan kejadian, kami menahan dua lelaki berusia 24 tahun dipercayai terbabit dalam kes itu dan mereka direman selama empat hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” maklum beliau kepada Berita Harian.

BACA: Rahsia Besar Mamak Roti Canai Terbongkar

Asisten Komisioner Ali Ahmad turut memberitahu mangsa adalah bekas anggota Balai Polis Selayang yang kini bertugas di UTK Bukit Aman dan tinggal di Kuaters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Sejurus kejadian itu mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang oleh rakannya dan kini dalam keadaan stabil.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan. - BH Online


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments