Header Ads

  • Terkini

    Harith Iskander Berjaya Ke Peringkat Akhir Pertandingan Lawak Dunia

    Pelawak Harith Iskander berjaya ke peringkat akhir pertandingan lawak dunia iaitu The Funniest Person in the World. Hartih berjaya mengalahkan 15 pelawak lain pada peringkat separuh akhir yang diadakan di Helsinki, Finland pada malam Selasa.


    Harith Iskander Berjaya Ke Peringkat Akhir Pertandingan Lawak Dunia

    Menerusi status di laman Facebook miliknya, Harith turut mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah mengundi dan menyokong dia dari pusingan awal sehingga ke peringkat akhir.

    “Ia merupakan seratus peratus undian dalam talian yang akan menentukan keputusan akhir nanti,” katanya.

    Segala maklumat mengenai pertandingan itu akan dikemaskini di semua medium sosial miliknya iaitu Facebook, Twitter dan Instagram.


    Untuk pertandingan akhir, Harith akan berhadapan dengan cabaran bersaing dengan empat peserta lain iaitu Alex Calleja (Filipina), Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Katerina Vrana (Greece) pada Khamis di Levi, Finland.


    Beliau sebelum ini berjaya mengalahkan 88 peserta lain termasuk Dr Jason Leong dari Malaysia pada pusingan pertama.

    Pemenang akan diumumkan pada malam penutup pertandingan itu selepas persembahan Finnish-comedian Ismo Leikola's pada Sabtu ini.

    Jom tengok: Video Harith Iskander Bersama TMJ Jadi Viral, Lihat Apa Yang Harith Bebelkan

    Juara The Funniest Person in the World, akan menerima hadiah utama sebanyak AS$100,000 (RM444,845), manakala mereka yang berada di tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima AS$10,000 (RM44,484) dan AS$ 5,000 (RM22, 242).

    Made it through to the finals! Thank you! Thank you! #fpitw #standupcomedy @malaysia.truly.asia

    A video posted by Harith Iskander (@harithiskander) on


    Pertandingan ini dianjurkan oleh Laugh Factory, satu rangkaian komedi global di Amerika Syarikat.
    Untuk menonton dan membuat undian, boleh klik di sini.


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad