Terkini


Imej Satelit Bukti Kampung Di Rakhine Dibakar Rejim Myanmar

Imej satelit membuktikan bahawa beberapa kampung di kawasan bergolak di Rakhine, Myanmar dibakar oleh rejim negara itu, lapor Human Rights Watch (HRW).


Imej Satelit Bukti Kampung Di Rakhine Dibakar Rejim Myanmar

Organisasi itu berkata, berdasarkan imej berkenaan menunjukkan arah aliran dan corak yang konsisten terhadap operasi ketenteraan dan tindakan penindasan yang dilakukan oleh rejim Myanmar ke atas kawasan yang didiami etnik minoriti Islam Rohingya.

Timbalan Pengarah Bahagian Asia HRW, Phil Robertson berkata, pergerakan bangunan yang dibakar dari arah timur ke barat itu adalah selaras dengan pergerakan kumpulan rejim.

“Secara asasnya ia menunjukkan bahawa rejim Myanmar bertanggungjawab terhadap perbuatan itu,” katanya.

HRW telah mengeluarkan dua imej satelit yang menunjukkan keadaan sebelum dan selepas kampung tertentu di daerah Rakhine itu dibakar.

Memetik laporan agensi berita antarabangsa sebagai berkata, pihak media asing telah menghubungi jurucakap Presiden Myanmar, Zaw Htay dan memaklumkan bahawa kerajaan akan memberi respon mengenai perkara itu dalam masa terdekat.


Kerajaan Myanmar sebelum ini menafikan laporan bahawa tenteranya bertanggungjawab membakar kampung-kampung di Rakhine, sebaliknya menunding jari terhadap kumpulan penyerang.

Baca: Myanmar Mahu Hapus Rohingya Seperti Hitler Lakukan Terhadap Yahudi

Bagaimanapun Robertson berkata, taktik itu selaras dengan modus operandi yang digunakan tentera Myanmar, membakar kawasan etnik minoriti di negara berkenaan.

“Kami melihat jenis taktik yang sama digunakan, jenis pembohongan yang sama daripada tentera Burma apabila mereka membantai kampung-kampung di Rakhine,” katanya.

- Agensi


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments