Isteri Tolak Kereta, Suami Tolak 'Stroller'?? Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku!

SICHUAN (CHINA): Seorang wanita digelar 'Wonder Woman' selepas dirakam menolak keretanya yang kehabisan kuasa bateri sementara suaminya menolak kereta sorong bayi mereka.


Isteri Tolak Kereta, Suami Tolak 'Stroller'?? Ini Kisah Sebenar Yang Berlaku!

Gambar rakaman yang viral di laman media sosial China Weibo menunjukkan wanita berkenaan menolak kereta jenis hybridnya ke stesen cas berdekatan.


Beliau didakwa tidak bersetuju dengan cadangan suaminya yang mahu memanggil lori penarik kerana kos yang tinggi.

Kejadian berkenaan menyebabkan pelayar Weibo mengutuk tindakan si suami yang menolak 'stroller' dan bukannya kereta.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments