Terkini


Jamal Sindir Siti Nurhaliza “Jaga Air Sendiri Atau Cari Air Lain..”

Selepas disindir Siti Nurhaliza Taruddin kerana bertuala ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) baru-baru ini pemimpin kumpulan Baju Merah Jamal Md Yunos melemparkan pula kata-kata sinis kepada penyanyi nombor satu negara.


Jamal Sindir Siti Nurhaliza “Jaga Air Sendiri Atau Cari Air Lain..”

Beliau membalas kata-kata Siti dengan kenyataan yang seksis berkaitan dengan kegagalannya menimang cahaya mata sehingga kini.

“Pesanan saya kepada Siti. Jaga air sendiri yang tidak berapa subur itu, atau cari air lain,” kata Jamal.

Siti terdahulu, memuat naik gambar di laman Instagram mengenai tindakan Jamal yang hadir ke SUK dengan hanya bertuala bagi membantah gangguan air.

“Jangan jadi macam Jamal ye,” tulis Siti.

Pada 19 Disember yang lalu dilaporkan kira-kira 3,892,641 pengguna di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air ekoran kerja penyenggaraan bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di pencawang Bukit Badong, Hulu Selangor.


Namun dilaporkan pada 22 Disember bekalan air telah pulih sepenuhnya.

Siti kemudiannya tidak melatah dengan kenyataan Jamal sambil menyifatkan ia langsung tidak memberi kesan kepada dirinya.

“Takpe dik, biarkan mereka. Kata-kata orang macam ini tak memberi kesan pada saya sebab saya tahu mereka cakap tak guna otak yang Allah kurniakan,” tulisnya di laman Twitternya.

- Berita Daily


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments