Header Ads

  • Terkini

    Jururawat Sarat Mengandung Maut Dalam Kemalangan

    Kuala Kubu Baharu – Seorang jururawat yang sarat mengandung bersama anak lelakinya berusia empat tahun maut selepas kereta dinaiki berlanggar dengan sebuah kereta lain di Jalan Kalumpang-Tanjung Malim, pagi tadi.


    Jururawat Sarat Mengandung Maut Dalam Kemalangan

    Dalam kemalangan kira-kira jam 7.45 pagi itu, Husnadia Abdul Razif, 30, yang sarat mengandung lapan bulan dan anaknya, Muhammad Fayyad, disahkan meninggal dunia selepas tersepit dalam kenderaan Perodua Kancil dipandunya.

    Sementara itu, pemandu Perodua Viva yang terbabit dalam nahas itu, Muhammad Zikrul Fahmi Musa, 22, dilaporkan cedera parah manakala rakannya, Syarifah Nadia Sheik Mohd Abdul, 22, luka ringan.


    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan, berkata satu jentera bersama tujuh anggota dihantar ke lokasi selepas menerima laporan kemalangan itu pada jam 7.49 pagi.

    Katanya, bomba mengambil masa lebih 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum pegawai perubatan mengesahkan dua beranak itu meninggal dunia.

    Difahamkan, Husnadia bertugas sebagai jururawat di Klinik Kesihatan Kalumpang.



    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad