Terkini


Keadaan Kesihatan Terkini Artis Veteran SM Salim Yang Mengejutkan

Tan Sri SM Salim, 88, dilaporkan sedang nazak di rumahnya, akibat sakit tua. SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros berada dalam keadaan kritikal sejak awal pagi tadi hingga diberi alat bantuan pernafasan.


Keadaan Terkini Artis Veteran SM Salim Yang Mengejutkan

Anak sulungnya, Siti Noraishah Salim, 60, memberitahu BH Online, bapanya semakin tenat dan semua ahli keluarga sudah dimaklumkan.

"Kira-kira jam 3 pagi tadi ayah menunjukkan tanda-tanda sukar bernafas. Kami memberi alat bantuan pernafasan.
"Sekarang alat bantuan sudah dibuka dan ayah bernafas secara normal," katanya.


Siti Noraishah berkata, ayahnya bagaimanapun tidak sedarkan diri.

"Semua ahli keluarga sudah dipanggil pulang. Doktor memang tak boleh buat apa-apa sebab ayah sudah terlalu uzur.
"Kami sekeluarga hanya berserah kepada Allah," katanya.

Penyanyi veteran itu lumpuh akibat sakit saraf sejak 17 tahun lalu. Pergerakannya sangat terbatas sehingga terpaksa bergantung pada kerusi roda.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments