Terkini


Lelaki Hilang Ditemui Mati Tergantung Atas Pokok

LUNDU - Seorang lelaki ditemui mati tergantung pada dahan sebatang pokok di kawasan hutan berhampiran Kampung Stungkor Lama di sini hari ini.


Lelaki Hilang Ditemui Mati Tergantung Atas Pokok

Mangsa, Romy Lego, 25, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat kira-kira pukul 11.30 pagi sebelum mayatnya dibawa keluar pada pukul 2 petang.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii berkata, sebelum itu, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa daripada bapanya sejak dua hari lalu.


Katanya, mangsa dikatakan keluar seorang diri dari rumah untuk memeriksa bubu ikan yang dipasangnya di Sungai Kampung Stum di sini.

"Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas itu sehingga mayatnya ditemui tergantung pada dahan pokok.

"Kes ini sudah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. - K! ONLINE


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments