Header Ads

  • Terkini

    Malaysia, Singapura Muktamad Perjanjian Laksana Projek HSR

    Putrajaya – Malaysia dan Singapura hari ini memuktamadkan perjanjian bilateral bagi pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR). Perjanjian tersebut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.


    Malaysia, Singapura Muktamad Perjanjian Laksana Projek HSR

    Malaysia diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Singapura diwakili Menteri Pengangkutannya, Khaw Boon Wan.

    Ia dimuktamadkan pada sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ketujuh di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

    Perjanjian tersebut meliputi aspek teknikal, keselamatan, kerangka perundangan, perolehan, serta urusan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ).


    Projek HSR antara Malaysia dan Singapura yang dijadualkan siap pada tahun 2026 akan memberi kelebihan terhadap pembangunan kedua-dua negara menerusi penjanaan ekonomi, gaya hidup dan nilai hartanah.

    Cadangan projek landasan sejauh 350 kilometer membolehkan penumpang dari kedua-dua negara tiba ke destinasi dalam tempoh 90 minit saja.

    Ia bakal mempunyai lima transit iaitu Seremban (Negeri Sembilan), Ayer Keroh (Melaka), Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri di Johor itu akan bermula dari Kuala Lumpur dan berakhir di Jurong East di Singapura.

    Malaysia dan Singapura merupakan rakan dagang kedua terbesar di peringkat global dan rakan dagang terbesar dalam kalangan negara ASEAN. – Kosmo


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad