Terkini


Muncul Gergasi Laut, Makhluk Asing Di Pantai New Zealand?

Objek misteri yang dipenuhi teritip di pantai Muriwai dekat Auckland, New Zealand bukan “gergasi laut” atau “makhluk asing” seperti tanggapan sesetengah pihak. 


Muncul Gergasi Laut atau Makhluk Asing Di Pantai New Zealand?

Pakar percaya objek panjang itu, yang menarik perhatian warga internet sejak dimuatkan di Facebook 10 Disember, sejenis kayu yang dipenuhi hidupan laut tersebut, lapor Daily Mail.

Persatuan Sains Marin New Zealand berkata mereka “hampir pasti berdasarkan imej tersebut” ia sekeping kayu hanyut yang diliputi hidupan tersebut, lapor The Timaru Herald pula.


Objek pelik itu dikongsi Melissa Doubleday di media sosial tersebut selepas menemui terdampar di pantai tersebut ketika memandu.

Ia dihanyutkan ke pantai, dipercayai susulan kejadian gempa di negara tersebut bulan lalu.

Ingin tahu objek ganjil itu, wanita tersebut memuatkan tiga keping foto di Muriwai & Waimauku Area Community Group dengan harapan dapat menemui jawapannya.

“Hanya ingin tahu jika ada sesiapa tahu apa ini?” tulisnya. Coretan itu mengundang pelbagai spekulasi, termasuk gergasi laut atau makhluk asing.

Beribu-ribu teritip jenis “gooseneck barnacles” dengan kulit putih dan badan panjang lagi lembik itu menutupi kayu tersebut sehingga kelihatan ganjil dan menakutkan.

Walau kelihatan mengerikan, lapor portal United Kingdom itu, ia tidak membahayakan manusia.

Malah di Portugal dan Sepanyol, teritip ini dijadikan makanan eksotik yang mahal dengan harga US$500 (lebih RM2,200) setiap kilogram kerana sukar dikutip.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments