Header Ads

  • Terkini

    “Nak Saya Teruskan Taja Kelantan, Beli Produk Dulu” - Datuk Seri Vida

    Datuk Seri Hasmiza Othman berkata penajaan pasukan bola sepak Kelantan mampu diteruskan jika barangan yang dijual syarikatnya laris dibeli peminat di negeri itu.


    “Nak Saya Teruskan Taja Kelantan, Beli Produk Dulu” - Datuk Seri Vida

    Hasmiza, yang mesra disapa Datuk Seri Vida berkata jualan yang tidak memberangsangkan sebelum ini membuatkannya berasa tajaan kepada pasukan itu tidak berbaloi.

    “Kalau nak saya, belilah produk saya, boleh saya teruskan. Ini saya saja keluar duit, mereka tak mahu beli produk. Macam mana?
    “Ada masa saya tak boleh menjadi wanita gagah walaupun saya boleh tetapi kenalah disokong daripada pembelian produk.
    “Saya buat air tin yang mampu orang beli pun, jualan tak berapa jalan sangat,” katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.

    Hasmiza pada hujung September lalu berhasrat menghentikan tajaan kepada pasukan bola sepak itu lebih awal.


    Katanya, prestasi pasukan Kelantan mengecewakan yang turut memberi kesan kepada jualan produknya.

    “Setiap kali saya taja mana-mana program, ia beri impak positif dari segi jualan dan saya boleh teruskan tajaan. “Tetapi berlainan pula dengan bola, nama naik tapi dari segi pembelian produk tidak ada. “Saya sudah hasilkan jersi mengikut harga mampu milik tapi penyokong lebih suka beli jersi ciplak. “Saya keluarkan pula air tin berharga RM4.80 tapi penjualan masih perlahan,” katanya kepada mStar.

    Hasmiza, 45, berkata menaja pasukan bola Kelantan satu pengalaman perit dan tidak akan melabur dalam bidang itu lagi.

    “Tak cuba saya tak tahu. Bila dah cuba, berat saya. Kesan hanya pada dua bulan pertama. Lepas itu untuk bertahan setahun, berat.

    “Bila selalu kalah, membunuh semangat perancangan kita. Kalau saya bertahan, buat apa saya nak bergolok bergadai?” soal pengasas Vida Beauty Sdn Bhd.

    Sumber: Projek MMO

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad