Terkini


Neelofa, Fattah Bakal Berganding Lagi, Lebih 'Meletup' Dari Suri Hati?

Meskipun dilanda pelbagai kontroversi percintaan, nampaknya fenomena Lofattah masih lagi belum reda. Difahamkan Neelofa dan Fattah Amin mungkin bakal bergandingan lagi dalam projek terbaru Astro.


Malah, Neelofa juga memberitahu beliau tahu tentang perancangan berkenaan cuma belum mengesahkan lagi tawaran berkenaan.

Saya memang sentiasa akan profesional ketika bekerja. Tapi saya belum dapat mengesahkan dengan lanjut tawaran itu. Takut ada perubahan.


Neelofa akui beliau kembali teruja untuk berlakon semula atas permintaan peminat dan juga sambutan hangat drama Suri Hati Mr Pilot. Buat Neelofa, kejayaan drama berkenaan adalah detik paling bermakna buat dirinya sepanjang bergelar artis.


Berbicara mengenai kontroversi hangat yang melanda beliau dan Fattah, Neelofa berkongsi ibunya ada merasa risau bagaimana beliau menghadapi situasi berkenaan.

Saya cakap kepada mama, biarlah saya nikmati kegembiraan ini sementara masih ada. Saya gembira dengan sokongan peminat, pengiktirafan dan perhatian yang diraih. Saya rasa dihargai dan sokongan peminat buat saya mahu berikan yang lebih baik kepada mereka. Ini termasuk apa saja aktiviti yang boleh mendekatkan diri saya dengan peminat.

Mampukah gandigan mereka berdua dapat mencipta fenomena sekali lagi? Bagaimana agaknya “chemistry” Neelofa dan Fattah Amin kali ini selepas dilanda kontroversi. Sama-sama kita nantikan..

Sumber Berita : BH ONLINE


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments