Header Ads

  • Terkini

    Padah Pakai Cincin Di Kemaluan, Bila Tersekat Bomba DiPanggil

    Padah Pakai Cincin Di Kemaluan, Bila Tersekat Bomba DiPanggil. Kuala Lumpur – Anggota bomba terpaksa membantu seorang lelaki mengeluarkan cincin logam yang tersekat pada kemaluannya.


    Padah Pakai Cincin Di Kemaluan, Bila Tersekat Bomba DiPanggil

    Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani ketika dihubungi berkata 12 anggota bomba telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas menerima panggilan pada kira-kira pukul 8.56 malam, Jumaat daripada pihak hospital.

    Apabila mereka tiba di wad, lelaki berada dalam kesakitan yang menyeksakan.

    Samsol berkata pasukan dari stesen Hang Tuah menghadapi masalah kecil mengeluarkan cincin logam itu kerana ia terlalu tebal untuk dipotong.

    Beliau berkata bilah alat pemotong yang digunakan untuk memotong cincin itu tidak cukup tajam.

    “Kami terpaksa memanggil pasukan lain dari balai Sungai Buloh untuk membantu.


    “Biasanya dalam kes seperti ini, bomba akan dipanggil untuk membantu kerana kemudahan perubatan tidak mempunyai alat-alat yang diperlukan untuk mengeluarkan cincin di alat sulit,” katanya.

    Samsol berkata, mangsa berumur dalam lingkungan 30an.

    Beliau bagaimanapun tidak menyatakan mengapa cincin itu tersekat di sekitar alat kelamin lelaki itu.

    Anggota bomba berjaya mengeluarkan cincin itu kira-kira pukul 2 pagi Sabtu. – mStar


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad