Header Ads

  • Terkini

    Penganut Atheist Masuk Islam Selepas Dengar Lagu Fynn Jamal

    Dengan keberaniannya bersuara lantang selain lagu-lagunya yang meninggalkan kesan, itulah Fynn Jamal yang dikenali umum. Siapa yang mengikuti perkembangan Fynn sejak zaman awal kemunculannya pasti tahu turun naik perjalanan hidup wanita ini.



    Fynn sering bercerita mengenai kisah hidupnya menerusi blog, puisi, lagu-lagu, serta status di akaun media sosialnya.

    Walaupun Fynn menganggap perkongsian tersebut sebagai muhasabah diri dan pengajaran untuk orang lain, ramai yang mengecamnya dalam diam mahupun secara terbuka.


    Baru-baru ini Fynn diserang dengan komen yang mempersoalkan hukum dia menyanyi menggunakan suaranya yang haram.

    Bagaimana Fynn menangani public shaming sebegitu dan apakah hikmah disebalik situasi tersebut?

    “Dia Rasa Bangga Cakap Terbuka Tentang Dosa Aku”

    kelmarin newsfeed aku naik satu komen. entri 2014. tentang tuhan dan konsep agama. macam biasa. mmg jiwa aku berbual tentang jiwa2 halus yang seninya dari tafakkur memandang kejadian2.
    .
    selepas 2 tahun, kelmarin ada org komen "aku tak nak borak pasal entri kau. aku nak kau jawab pasal kau nyanyi dgn suara kau yg haram". panjang komen dia. tapi lebih kurang itulah point dia.
    .
    the obvious.
    aku pendosa.
    .
    dan dia rasa bangga ckp terbuka ttg dosa aku. kasar dan keras. dia puas.

    Salah Diri Sendiri Sebab Buka ‘Pekung’?

    menung aku sekejap.
    teringat sheikh hamza dlm tulisannya:
    barangkali dosa yg membuat kita rasa hina diri itu lebih bagus dari pahala yg membuat kita tinggi rasa.
    .
    how true.
    .
    aku tak salahkan dia. dia ckp betul. aku tak salahkan cara dia. dia dididik masyarakat yg menyetujui public shaming. bagi dia-- itu biasa.
    .
    bukan salah sesiapa.
    kecuali aku juga.
    .
    kalaulah pilihan dosa aku lebih private, mungkin aku selamat. kalau aku sekadar zina blkg2 atau memula fitnah org atau langsung tak sembahyang-- mungkin org takkan tahu aku jahat.
    .
    ketika perkongsian di @rantaiart, ada yg bertanya:
    is it worth it?
    .
    soalan tergantung. tapi aku rasa dia merujuk kpd segala negativiti yg bersulam dgn kemasyhuran yg ada.
    .
    aku jawab ya.
    .
    aku tau bodoh menghulur tengkuk utk dikeji-kecam setiap masa. berterbuka dgn dosa2. lebih mudah kalau duduk dlm bilik dgn kekejian yg tak ada org tahu. wallahi entah kenapa.

    Penganut Atheist Masuk Islam Selepas Mendengar Lagu Fynn Jamal

    Kembali Kepada Allah Kerana Lagu Fynn Jamal!

    kemudian tiba2 ada yg mengambil mikrofon lalu berkata:
    .
    "saya bukan mau tanya. saya cuma mau cerita. saya lahir islam. tapi beberapa ketika dahulu saya telah atheist secara terbuka. saya tidak bertuhan.
    .
    saya hidup tak beragama--
    sehinggalah saya mendengar lagu2 kakak. dan kini saya sudah kembali kpd الله; perlahan2"
    .
    berderai airmata aku. الله buka hijab pandangan aku-- buat aku nampak:
    .
    tak ada satu kejadian yg sia2.
    termasuk dosa2 yg الله izinkan aku lakukan.
    .
    lagu2 yg aku buat, yg aku nyanyikan dgn suara ini, yg dosanya berat sekali-- telah menyelamatkan dia.
    .
    tapi ah;
    pahala dari dosa
    terus kekal dosa
    selagi tak dicuci.
    .
    walau lagu2 aku yg secara kiasnya telah menyelamatkan dia--
    sekarang;
    masanya utk aku menyelamatkan aku.
    .
    moga masih ada sempat untukku.



    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad