Terkini


Pengawal Peribadi Tembak Mati Datuk M Akan Didakwa Esok

George Town – Pengawal peribadi yang menembak mati ahli perniagaan, Datuk Ong Teik Kwang dan dua orang awam di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Glugor di sini 1 Disember lalu akan dihadapkan ke Mahkamah Pulau Pinang pagi esok.


Pengawal Peribadi Tembak Mati Datuk M Akan Didakwa Esok

Suspek berusia 37 tahun itu akan didakwa atas sembilan pertuduhan membabitkan kes bunuh, cubaan membunuh dan mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata api.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu, Teik Kwang, 32, atau lebih dikenali sebagai Datuk M ditemui mati di dalam kereta miliknya jenis BMW.


Dua lagi mangsa yang maut ialah Choi Hon Ming dan Senthil Murugiah.

Baca juga: Mendiang ‘Datuk’ Ditembak Pengawal Peribadi, Ketua Geng 24

Pengawal Peribadi Tembak Mati Datuk M Akan Didakwa Esok

Kejadian itu turut menyebabkan empat orang awam iaitu Arivarni Krishnan, Nurul Huda Ab. Aziz, Lee Hong Boon, Puoh Bee Joo dan Mohamad Amirul Amin Amer yang merupakan jurukamera sambilan RTM tercedera terkena tembakan yang dilepaskan suspek. – Kosmo


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments