Header Ads

  • Terkini

    Penyanyi Lagenda SM Salim Meninggal Dunia Kerana Sakit Tua

    Penyanyi legenda tanah air, Tan Sri SM Salim meninggal dunia petang ini pada usia 88 tahun di kediamannya di Ukay Perdana kerana sakit tua. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.44 petang selepas tenat sejak awal pagi semalam sehingga terpaksa diberi alat bantuan pernafasan.



    "Dukacita saya maklumkan bahawa Tan Sri SM Salim sudah meninggal dunia pada pukul 5.44 petang," kata wakil keluarga Allahyarham melalui mesej aplikasi WhatsApp kepada Bernama.

    Baca: Keadaan Kesihatan Terkini Artis Veteran SM Salim Yang Mengejutkan

    Semalam, anggota keluarga dan sahabat handai terdekat seniman itu mula mengunjungi kediamannya untuk bersama-sama menghadiri majlis bacaan surah Yasin setelah beliau dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.


    SM Salim atau nama sebenarnya Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, memulakan kariernya sebagai penyanyi pada tahun 1950an dan merupakan pendukung gigih lagu-lagu Melayu klasik.

    SM Salim

    Seniman veteran itu lumpuh akibat sakit saraf dan pergerakannya bergantung pada kerusi roda sejak 17 tahun lepas.

    - Bernama

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad