Header Ads

  • Terkini

    Perkataan Baharu Bahasa Melayu Yang Ramai Tidak Tahu Kewujudannya

    BERAPA ramaikah di antara kita yang pernah membaca Kamus Dewan Bahasa? Jika pernah, berapa kerapkah anda membelek kamus bahasa Melayu (BM) atau lebih tepat lagi, Kamus Dewan Bahasa? Pasti jarang-jarang sahaja bukan?


    Perkataan Baharu Bahasa Melayu Yang Ramai Tidak Tahu Kewujudannya

    Menurut Harian Metro, sikap malas membuka kamus BM menjadi punca utama mengapa sesetengah perkataan bahasa Melayu masih janggal digunakan dalam kehidupan seharian, malah seperti berbelit lidah mahu menyebutnya.

    Tak salah masyarakat mahu memperbaiki penguasaan bahasa Inggeris (BI) dengan mempraktikkan penggunaannya dalam kehidupan seharian.

    Namun, apa yang terjadi hari ini adalah penggunaan perkataan BI telah menenggelamkan bahasa kebangsaan kita.

    Sejak dipaparkan di akhbar Harian Metro kelmarin (Khamis), senarai perkataan baharu bahasa Melayu telah meluas ditularkan di laman sosial.

    Perkataan baharu Bahasa Melayu, janggal dan jarang digunakan di laman sosial
    Perkataan baharu Bahasa Melayu, janggal dan jarang digunakan di laman sosial

    Walaupun kesemua perkataan itu sebenarnya sudah lama diterbitkan dalam kamus bahasa Melayu, namun penggunaannya yang kurang menyebabkan perkataan itu kelihatan seperti perkataan baharu.

    Malah, mungkin ada dalam kalangan masyarakat yang sememangnya tidak pernah melihat atau mendengar perkataan itu, jauh sekali mengetahui maksudnya.


    Perkongsian senarai perkataan itu di media sosial mendapat perhatian ramai netizen. Boleh dilihat, ramai juga yang cuba membina ayat dengan menggunakan perkataan tersebut.

    Bagaimana dengan anda? Boleh anda bina satu ayat dengan menggunakan perkataan yang disenaraikan?

    Sumber: MYNEWSHUB.CC


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad