Header Ads

  • Terkini

    Penerbangan PK661 Pesawat Pakistan, Bawa 47 Penumpang Terhempas

    PAKISTAN: Pesawat ATR-42 penerbangan Pakistan International Airlines (PIA) membawa 47 penumpang ketika kejadian dilaporkan terhempas dalam perjalanan dari Chitral menuju ke Islamabad.


    Penerbangan PK661 Pesawat Pakistan, Bawa 47 Penumpang Terhempas

    Sebelum ini ia dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan dilaporkan ketika berada ruang udara di kawasan pergunungan di utara Pakistan.

    Penerbangan PK661 Pakistan International Airlines (PIA) terhempas di wilayah Khyber Pakhtunkhawa, kata pihak berkuasa penerbangan.

    Penerbangan PK661 Pesawat Pakistan, Bawa 47 Penumpang Terhempas

    Satu kenyataan awal PIA berkata, pesawat turboprop ATR-42 itu terputus hubungan ketika dalam perjalanan dari Chitral.

    Penerbangan PK661 Pesawat Pakistan, Bawa 47 Penumpang Terhempas

    “Sebuah pesawat terhempas dan penduduk tempatan memaklumkan kami ia terbakar.

    “Polis dan pegawai penyelamat dalam perjalanan namun mereka masih belum sampai ke kawasan nahas,” kata Saeed Wazir, seorang pegawai polis kanan.


    Pesawat itu terhempas berhampiran bandar Havelian di daerah Abbottabad di wilayah itu.

    Senarai penumpang pesawat itu menunjukkan membawa 31 lelaki, sembilan wanita dan dua kanak-kanak.

    Penerbangan PK661 Pesawat Pakistan, Bawa 47 Penumpang Terhempas

    Setakat ini, angka terkorban dalam nahas tersebut belum diketahui namun pihak berkuasa di sana menyatakan peluang ada mangsa terselamat amat tipis ekoran pesawat berkecai dan terbakar.


    Nahas besar terakhir Pakistan adalah pada 2015 apabila sebuah pesawat tenteranya terhempas di lembah terpencil di utara, mengorbankan lapan orang termasuk wakil Norway, Filipina dan Indonesia serta isteri seorang diplomat dari Malaysia. - Agensi


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad