Header Ads

  • Terkini

    Polis Diarah Siasat Semula Kes Ustaz Kazim Elias Cabul Pelajar

    KUALA LUMPUR, 28 Dis — Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis Ipoh menyiasat semula kes pencabulan seksual di sekolah tahfiz milik penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias.  


    Polis Diarah Siasat Semula Kes Ustaz Kazim Elias Cabul Pelajar

    Hampir empat bulan selepas selesai siasatan penuh, Jabatan Peguam Negara memberitahu Malay Mail Online pihaknya sudah memberi arahan melalui Unit Pendakwaan Perak.

    Katanya jabatan itu sedang menunggu hasil siasatan lanjut sebelum memutuskan untuk membuat sebarang pendakwaan.

    “Dimaklumkan bahawa jabatan ini sedang menunggu kertas siasatan tersebut untuk dirujuk ke ibu pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya setelah arahan untuk siasatan lanjut diberikan (melalui Pejabat Pendakwaan Negeri Perak),” kata jurucakap jabatan melalui emel semalam.


    Baca: Difitnah Cabul, Ustaz Kazim Tuntut RM8 Juta Daripada Ibu Pelajar

    Difahamkan beberapa arahan juga sudah diberikan kepada jabatan pendakwaan negeri pada 9 Disember lalu.


    Baca: Setelah Tuntut RM8 Juta, Ustaz Kazim Cari Wardina, Syed Azmi

    Setakat ini Malay Mail Online belum menerima respons daripada polis Ipoh walaupun hampir tiga minggu arahan baru itu dikeluarkan.

    Sumber: MalayMail Online


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad