Terkini


Polis Sahkan Video Kemaluan Putus Ketika Berkhatan, Benar

Polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terputus kemaluan ketika bersunat menggunakan teknik pembedahan laser di sebuah klinik di Kajang hari ini adalah benar.


Polis Sahkan Video Kemaluan Putus Ketika Berkhatan, Benar
Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan mengesahkan perkara berkenaan dan telah memanggil beberapa saksi untuk merakam keterangan bagi siasatan lanjut.


“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.


“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi Bernama. - Bernama


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments