Terkini


Sahara Yaacob Buka Tudung Demi Mencari ‘Sesuap Nasi’?

Adakah benar Sahara Yaacob membuka tudung demi mencari ‘sesuap nasi’? Kali terakhir membuat persembahan pentas 15 tahun lalu, kemunculan semula penyanyi era 80-an Sahara Yaacob tidak tudung di Anugerah Melodi 2016 mengejutkan ramai pihak.


Sahara Yaacob Buka Tudung Demi Mencari ‘Sesuap Nasi’?

Kembali kepada imej lama dengan memakai rambut kembang palsu, solekan tebal dan baju ala rock, Sahara, 60, sebaliknya mahu keluar dari kepompong kemiskinan sehingga dapat berdikari tanpa mengharapkan bantuan kebajikan.

“Sekarang DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) bayarkan rumah untuk saya. Banyak orang tolong saya, badan kebajikan, persatuan NGO. Jadi ini untuk saya berdiri balik untuk mula kehidupan semula.

“Jadi saya sudah ada rumah yang elok. Alhamdulillah saya akan lebih berdikari bayar rumah sendiri,”katanya kepada ProjekMMO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

“Kalau saya dapat banyak undangan saya boleh hentikan bantuan daripada Baitulmal malah akan bantu orang susah lain juga.”

Pemilik nama Zaharah Mohd Yaacob sebelum ini dilaporkan hidup dalam kesempitan sehingga pernah tinggal dalam stor rumah arwah kakaknya di Hulu Langat, Selangor.

Kisahnya mendapat perhatian pelbagai pihak dan kini dapat menetap di Pusat Perumahan Rakyat (PPR), Sungai Besi, di sini sejak Ogos lalu.

Sahara Yaacob ketika masih bertudung

Penyanyi “Peronda Jaket Biru” itu sedia dikecam kerana kembali kepada imej lama, berbeza dengan penampilan hijab sebelum ini.

“Saya telah menerima lebih teruk lagi. Saya tak mahu dengar cakap orang, saya hanya mendengar diri saya sendiri dan Allah.

“Saya tidak peduli dan tidak berminat untuk berfikir mengenainya. Saya nak teruskan hidup, nikmati hidup saya.

“Saya percaya saya dilahirkan untuk menyanyi. Dari umur lapan tahun lagi saya cakap dengan bapa saya kalau tak beri saya nyanyi, biarlah saya mati bunuh diri.


“Yang penting saya tidak lupa nasihat bapa saya. Jangan lupa dengan Allah, jangan lupa mengaji jangan lupa sembahyang.

Katanya imej ala “Tina Turner” pada malam Sabtu lalu ditentukan stesen TV3 yang menggunakan khidmat perunding.

“Saya sebenarnya sekarang ini ada jubah saja dengan baju tidur sahaja. Alhamdulillah, bila TV3 tawarkan saya, mereka ada perunding. Dan [penampilan] ini perunding imej,” katanya lagi.

Sahara Yaacob

Gagal lima kali dalam perkahwinan, Sahara mewarnai dunia seni sebagai penyanyi rock n’ roll dengan jolokan nama ‘Sahara Blues’ dua dekad lalu.

Sahara juga mengakui mahu bersendirian kerana mengalami konflik hidup lebih-lebih lagi selepas kematian ibunya lima tahun lalu.

Sumber: Projek MMO


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments