Header Ads

  • Terkini

    “Saya Hanya Menjadi Diri Sendiri, Yang Penting Hati” – Sahara Yaacob

    Penghibur veteran, Sahara Yaacob, 60, kini kembali aktif dan persembahan beliau pada malam Anugerah Melodi 2016 minggu lalu merupakan penampilan pertamanya selepas 15 tahun tidak menyanyi.


    Sahara Yaacob

    Bersyukur dengan kehidupan dilalui sekarang, menurut penyanyi yang mendapat jolokan Tina Turner Malaysia pada era 1980-an ini berkata, minat dan cinta beliau terhadap dunia nyanyian tidak pernah padam.

    Malah Sahara menyifatkan peluang yang diberikan kini ibarat mati hidup semula.

    Tambahnya, dalam tempo bliau menyepi, masih banyak tawaran yang diterima termasuklah tawaran menyanyi semula di kelab malam.

    "Sebelum ini pun banyak yang memanggil saya menyanyi semula, malah pemuzik dan rakan di kelab juga tidak pernah putus memberi tawaran. Sekarang saya berasakan itu adalah peluang keemasan untuk saya.

    "Pada masa sama saya perlu ‘survive’ untuk menjalani kehidupan. Jadi nak tak nak saya perlu menyanyi semula biarpun sekadar di kelab malam. Saya tak kisah kerana sebelum ini pun saya pernah menyanyi di situ. Buat apa nak malu? Siapa nak bagi saya duit kalau bukan diri sendiri?," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.


    Dalam pada itu Sahara berkata, beliau tidak kisah sekiranya ada pihak yang mempersoalkan mengenai penampilannya ketika membuat persembahan pada malam anugerah berkenaan.

    "Berkenaan persembahan pada malam itu, saya sudah bersedia dari awal lagi untuk menerima kritikan. Ia bukan masalah besar buat saya.
    "Allah saja yang tahu sama ada itu penampilan kekal saya atau tidak. Saya tak tahu nak cakap apa. Ramai yang bertanya mengenai penampilan saya itu. Apatah lagi saya sudah dua tahun bertudung. 

    BACA: Sahara Yaacob Buka Tudung Demi Mencari ‘Sesuap Nasi’?

    Dalam tempoh itu, saya menunggu ustaz atau sesiapa masuk meminang, tapi tak ada seorang pun. Bukan apa, manalah tahu ada yang sudi menjadi suami keenam saya.

    "Saya hanya menjadi diri sendiri. Apa yang penting adalah hati. Hanya Allah saja yang mengetahui. Kita sebagai manusia tak ada hak untuk menghakimi atau menjatuhkan hukum kepada orang lain. Lagi satu, mereka juga bukan membayar bil dan keperluan harian saya,"katanya.


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad