Selalu Muatnaik Gambar Selfie Di Facebook, Isteri Disihir Lelaki Misteri

Kes yang baru berlaku dan saya sendiri menjadi saksi. Dikeluarkan disini sebagai pengajaran dan pedoman bersama. Seorang Wanita menghadapi kesukaran untuk hamil, lantas mendapat kan rawatan Perubatan Islam melalui saya.


Selalu Muatnaik Gambar Selfie Di Facebook, Isteri Disihir Lelaki Misteri

Hasil dari ruqyah, terdapat tindakbalas (kerasukan) pada Wanita ini akibat adanya gangguan. Dari penelitian saya, ia telah disihir oleh seseorang yang meminatinya namun Wanita ini tidak mengenali “peminat misteri” ini.

Penyihir menghantar sesuatu pada Wanita ini dengan harapan berlakunya pergolakan rumahtangga dan disekat dari mendapat zuriat.

Setelah selesai diruqyah dan dirawati, si suami terus meluahkan rasa “terpendam” selama ini. Si suami “tidak redho” yg isterinya sering upload gambar di Facebook. Setiap “like” Dan “komen” dari lelaki lain membuatkan si suami jauh memendam rasa.

Hendak ditegur tapi terlalu sayangkan isteri hinggalah Allah timbulkan segalanya yang tersimpan. Apa yang dapat dikenalpasti juga kemungkinan besar “peminat misteri” itu datangnya dari friend Facebook.


Si isteri menyedari kesilapannya dan kekhilafannya selama ini hingga meminggirkan perasaan suami. Saya menasihati mereka agar segera bermaafan dan patuhilah kemahuan suami selagi ia tidak tersasar dari jalanNya.

Wajah Wanita ini mula timbul seribu keinsafan dan sedar akan apa yg berlaku selama ini hingga menyukarkan mendapat zuriat seterusnya adalah kerana kekhilafannya diri sendiri. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita semua. Sayangi isteri ingat ingatkan, sayangkan suami santun santunkan.

اَلدُّنْيَا مَتَاعٌ وَخَيْرُ مَتَاعِ الدُّنْيَا الْمَرْأَةُ الصَّالِحَة
“Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” (HR. Muslim)

Diriwayatkan dari Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu dari Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda:

أَلاَ أُخْبِرُكُمْ بِنِسَائِكُمْ فِي الْجَنَّةِ؟قُلْنَا بَلَى يَا رَسُوْلَ الله كُلُّ وَدُوْدٍ وَلُوْدٍ، إِذَا غَضِبَتْ أَوْ أُسِيْءَ إِلَيْهَا أَوْ غَضِبَ زَوْجُهَا، قَالَتْ: هَذِهِ يَدِيْ فِي يَدِكَ، لاَ أَكْتَحِلُ بِغَمْضٍ حَتَّى تَرْضَى

“Mahukah kalian aku beritahu tentang isteri-isteri kalian di dalam surga?” Mereka menjawab: “Tentu sahaja wahai Rasulullah!” Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Wanita yang penyayang lagi subur. Apabila ia marah, atau diperlakukan buruk atau suaminya marah kepadanya, ia berkata: “Ini tanganku di atas tanganmu, mataku tidak akan boleh terpejam hingga engkau redho.” (HR. Ath Thabarani)

Video contoh rawatan ruqyah (bukan pesakit sebenar):



Semoga kita hidup di dalam keluarga yang aman damai dan paling memerlukan. Wallahuaklam.

Sumber : ZaihanJohari Perubatan Islam


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments