Terkini


Siapakah Buntat Yang Viral Ini? Biodata Beliau Yang Ramai Tak Tahu

Sejak kebelakangan ini, nama Buntat sering manjadi sebutan ramai. Jika anda perasan, nama Buntat tiba-tiba menjadi popular akhir-akhir ini. Siapa sebenanrnya si Buntat ini? Mungkin ramai yang tak kenal terutama mereka yang tidak menonton drama TV3.


Siapakah Buntat Yang Viral Ini

Bagi yang pernah menonton drama TV3, 7 Hari Mencintaiku, nama Buntat yang mati kini trending dan viral di laman sosial berikutan lakonannya dalam episod 21 drama tersebut yang sangat menyayat hati dan terkesan di hati penonton.

Dalam episod tersebut, ramai yang sedih pengakhiran lakonan Buntat diakhiri dengan kematian. Dalam sinopsis episod 21, Buntat mati sebab di dera oleh abang angkatnya Adi,ditambah lagi dipukul oleh khalil sebab nak tolong Mia (Siti Saleha).

Akhirnya barulah Mia menyesal bahawa buntat dah mati hanya kerana ingin menyelamatkan dirinya. Mia yang selama ni benci Buntat menyesal atas segala perbuatan buruk terhadap Buntat.


Kebaikan Buntat juga telah membuka mata Mia yang selama ni hati keras seperti batu menjadi lembut. Untuk info, dalam drama ni Buntat berasal dari keluarga susah tiada ibu dan dijaga oleh keluarga berada.

Watak Buntat paling menyerlah kerana mampu membuat penonton mengalirkan air mata dan memberi pengajaran atau moral yang cukup baik sekali. Akhir sekali, meskipun Buntat hanya memegang watak sampingan kini boleh dimartabatkan sebagai Hero terbaik dalam siri drama yang pernah disiarkan menerusi slot akasia TV3.


Tahniah diucapkan kepada krew produksi 7 Hari Mencintaiku kerana berjaya melahirkan seorang pelakon cilik yang mempunyai bakat luar biasa.

Ini biodata pelakon Buntat:

Nama Penuh : Mohd Ariff
Umur : 12 Tahun
Drama : 7 Hari Mencintaiku
Filem : Jibam (2017)
Asal : Jitra Kedah

Ariff merupakan anak seorang pemilik kedai roti canai yang bernama Pak Mutalib Jitra.

Siapakah Buntat Yang Viral Ini


Sememangnya Buntat berbakat besar di dalam dunia lakonan. Drama “7 Hari Mencitaiku” telah menaikkan nama Buntat sebagai pelakon cilik yang hebat.

Ini sedikit info tentang drama 7 Hari Mencintaiku

TAJUK DRAMA : 7 HARI MENCINTAIKU
EPISOD : 28 Episod semuanya
TARIKH ATAU MASA : 07 November 2016 / 7 Petang
SIARAN : Menerusi Slot Akasia TV3
NOVELIS : Siti Rosmizah
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Pena Creative Pictures Sdn Bhd
PARA PELAKON : Shukri Yahaya, Siti Saleha, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin, Zarynn Min

WATAK -WATAK PELAKON
Shukri Yahaya memegang watak sebagai Khuzairi
Siti Saleha memegang watak sebagai Mia Adriana
Ungku Hariz memegang watak sebagai Khalil




Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments