Terkini


Tahniah, Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi Bakal Nikah 13 Januari

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Mia Ahmad yang bakal menamatkan zaman solonya bersama penjaga gol JDT, Mohd Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017. Menurut Mia, mereka merencana untuk menikah lebih awal tetapi terpaksa dianjakkan sedikit kerana komitmen kerja.


Tahniah, Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi Bakal Nikah 13 Januari

Mia juga sempat berkongsi detik perkenalan mereka sebelum ini.
Kami sepatutnya bernikah lebih awal, tetapi perancangan itu terpaksa dianjakkan apabila Izham terikat dengan komitmen kerja. Alhamdulillah, perancangan yang dibuat sejak beberapa bulan lalu sudah hampir 80 peratus sempurna.


Kami bersua buat kali pertama pada November tahun lalu ketika saya menjalani penggambaran di Johor Bahru (JB). Kami diperkenalkan menerusi kawan.

Baca: Mia Ahmad Bersedia Menamatkan Zaman Bujang Dengan Penjaga Gol JDT

Pada mulanya, saya langsung tidak tahu Izham adalah bintang bola sepak kerana saya tidak mengikuti perkembangan sukan itu.  Selepas pertemuan itu, kami tidak pernah berhubungan sehinggalah Izham menegur saya di laman Twitter.


Dalam pada itu, Izham yang hadir pada sidang media pengumuman tarikh pernikahan mereka pada hari Jumaat lepas memberitahu bukan mudah untuk beliau memikat hati Mia.

Sejak awal, saya tahu Mia adalah pelakon kerana pernah menonton drama Hati Perempuan. Saya meminati personaliti dan gaya pemakaiannya, namun tidak sangka dapat bersua depan mata ketika Mia menjalani penggambaran di JB.


Selepas mengenalinya dan hubungan kami semakin akrab, saya dapati Mia begitu memahami selain manja. Saya selesa mendampinginya. Selepas berumahtangga, saya tidak akan menghalang minat Mia untuk meneruskan kerjaya lakonan.

Mia dan Izham akan melangsungkan pernikahan di Villa Sentosa, Taiping, Perak. Majlis resepsi pula akan diadakan pada keesokan harinya di Kelab Golf Taiping.

Pasangan itu juga akan diraikan dalam satu majlis di Kuala Lumpur pada akhir Januari ini, diikuti acara bertandang sebelah pengantin lelaki di Marang, Terengganu.

Sumber Berita : BH ONLINE


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments