Header Ads

  • Terkini

    Terpotong Zakar, Ibu bapa Mahu Rawatan Segera Di Luar Negara

    Kuala Lumpur – Keluarga kanak-kanak berusia 9 tahun, yang mengalami kegagalan prosedur berkhatan mahu Hospital Kuala Lumpur (HKL) menghantar kanak-kanak malang itu ke Singapura atau Arab Saudi bagi menjalankan prosedur pembedahan kompleks penyambungan semula kepala zakar terputus.


    Terpotong Zakar, Ibu bapa Mahu Rawatan Segera Di Luar Negara

    Ibu bapa yang hanya mahu dikenali sebagai Ali dan Roziah, mendakwa HKL tidak mempunyai kepakaran atau teknologi sesuai untuk merawat kes seperti itu.

    Katanya, kedua negara itu dilengkapi peralatan diperlukan untuk menjalankan prosedur pembedahan mikro bagi proses menyambungan semula zakar.

    Baca: Ngeri.. Bapa Saksikan Kepala Kemaluan Anak Berkhatan Jatuh Atas Kain

    “Kami tidak pernah mendapat rujukan daripada unit kebajikan hospital untuk mendapatkan bantuan anak ke luar negara bagi mendapatkan rawatan terperinci.

    “HKL menerusi unit kebajikannya boleh menggunakan zakat dan Baitulmal bagi membantu anak kami itu,” kata ibu bapa itu dalam satu sidang akhbar di hospital di sini bersama peguam, P. Uthayakumar.


    Mereka mendakwa HKL tetap meneruskan pembedahan penyambungan semula zakar walaupun menyedari kekurangan kemudahan teknologi bagi kes itu pada 15 Disember.

    Bagaimanapun, keadaan kanak-kanak itu bertambah buruk pada hari berikutnya apabila kepala zakar bertukar warna menjadi hitam dan pada Selasa, seluruh zakar pula menjadi hitam.

    Sebelum ini, pada 15 Disember bapa kanak-kanak malang itu membawa anaknya ke sebuah klinik swasta di Jalan Ipoh pada 15 Disember untuk berkhatan namun doktor secara tidak sengaja memotong kepala zakar kanak-kanak itu dengan gunting.

    “Doktor itu mengaku dia tidak sengaja terpotong kepala zakar anak saya dan menjahitnya kembali,” katanya.

    Pelajar tahun 3 itu dibawa ke sebuah hospital swasta di Kepong untuk rawatan lanjut dan doktor berkenaan berjanji menanggung sepenuhnya kos pembedahan.

    “Doktor pakar di hospital berkenaan merujuk kami kepada HKL kerana tidak mempunyai kepakaran dan teknologi yang sesuai untuk menjalankan menjalankan prosedur itu,” katanya.

    Pasangan itu merayu kepada hospital dan Kementerian Kesihatan untuk membantu anak tunggal lelakinya itu untuk pulih seperti sedia kala.

    “Saya mahu beliau membesar sebagai seorang budak lelaki normal dan bawalah dia ke luar negara untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya.

    Sementara itu, peguam keluarga berkenaan, Uthayakumar berharap, HKL boleh menyediakan laporan perubatan kepada pasangan itu supaya mereka mengetahui keadaan anaknya.



    “Kami melakukan penyelidikan dalam jurnal perubatan dan mendapati kepala zakar itu perlu diletakkan di dalam beg plastik dengan ais masin.

    “Segala tindakan susulan memerlukan laporan penuh bagi mendapatkan pembelaan sepatutnya,” katanya. – Utusan


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad