Header Ads

  • Terkini

    Tiga Termasuk Bekas Pengarah JANS Didakwa Seleweng RM3.3B

    Kota Kinabalu: Tiga tertuduh termasuk bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) tiba di perkarangan Mahkamah Sesyen, di sini, pagi ini untuk menghadapi pertuduhan kes rasuah dan penyelewengan membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion sejak 2010.


    Tiga Termasuk Bekas Pengarah JANS Didakwa Seleweng RM3.3B
    TERTUDUH (menutup muka) hadir di perkarangan Mahkamah Kota Kinabalu dengan diiringi pegawai SPRM, pagi ini. FOTO myMetro

    Ketiga-tiga tertuduh diiringi oleh sepasukan petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jam 9.20 pagi untuk di bawa ke Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan berkenaan.

    Pada 4 Oktober lalu, SPRM menahan bekas pengarah berumur 54 tahun dan timbalannya yang berusia 51 tahun di pejabat mereka selain akauntan berusia 50 tahun dan individu bergelar Datuk berusia 55 tahun yang juga abang kepada Timbalan Pengarah terbabit.

    Baca: Berjuta Wang Disita SPRM Daripada Pegawai Kerajaan Di Sabah

    Pengarah dan timbalannya didakwa menyalahgunakan kuasa dengan memonopoli dan memberikan projek pembinaan infrastruktur asas berkaitan air bernilai RM3.3 bilion sejak tahun 2010 kepada adik-beradik mereka.


    Berikutan penahanan itu, SPRM menyita wang tunai berjumlah RM52.2 juta dengan masing-masing RM45 juta daripada pengarah dan RM7.2 juta lagi daripada timbalannya. Semua wang terbabit ditemui disembunyikan dalam rumah, pejabat dan kereta milik suspek.

    Tiga Termasuk Bekas Pengarah JANS Didakwa Seleweng RM3.3B

    Baca: Rasuah Di Sabah: Akaun Luar Negara Suspek Lebih RM30 Juta

    Selain itu, SPRM turut merampas, menyita dan membekukan harta lain milik suspek termasuk sembilan kenderaan mewah, geran tanah (127 keping), beg tangan mewah (98) dan barang kemas (14 kilogram), sejumlah jam tangan mewah serta wang dalam akaun suspek bernilai RM62 juta.

    Sumber: MyMetro

    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad