Header Ads

  • Terkini

    Video Detik Mangsa Bunuh 6 Sekeluarga Disumbat Dalam Tandas

    Video Detik Detik Mangsa Bunuh 6 Sekeluarga Disumbat Dalam Tandas | Hanya tangisan pilu terdengar apabila rakaman video 11 orang dikeluarkan dari dalam bilik mandi dalam kes bunuh Dodi Triono, 59, dan 10 ahli keluarga lain yang melibatkan 6 di antara maut termasuk dua kanak kanak maut.


    Video Detik Mangsa Bunuh 6 Sekeluarga Disumbat Dalam Tandas

    Mengikut perkembangan terkini pihak Polis Indonesia hari ini, sudah menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian itu.

    Menurutnya, polis juga sedang mengenal pasti kaitan antara penjenayah terbabit dengan keluarga mangsa serta jumlah penjenayah yang terbabit dalam kejadian itu.

    Baca: Enam Sekeluarga Maut Dikurung Perompak Dalam Tandas

    Keenam-enam mangsa itu ditemui mati awal pagi semalam, akibat sesak nafas kerana kekurangan oksigen selepas dikurung sejak pagi kelmarin dalam bilik air seluas 1.5 meter lebar dan 1.5 meter panjang bersama lima lagi yang selamat.

    Sheila Putri menghubungi polis dan sebaik polis membuka pintu bilik air itu, enam daripada 11 mangsa sudah meninggal dunia.


    Kejadian hanya disedari semalam, oleh seorang saudara perempuan mereka, Sheila Putri, yang melawat rumah itu kira-kira 10 pagi yang terkejut apabila masuk, terdengar suara orang menjerit meminta tolong.


    Lima lagi dikejarkan ke hospital kerana lemah serta luka melecet akibat terpaksa berhimpit dalam bilik air itu.

    Mereka yang maut itu ialah tuan rumah yang juga seorang arkitek dikenali sebagai Dodi Triono, 59, dua anak perempuannya Diona Arika Andra Putri, 16, dan Dianita Gemma Dzalfayla, 9, dua pemandunya berumur 40-an dan seorang lelaki dipercayai anak teman Dodi.


    Mereka yang cedera dan dimasukkan ke hospital ialah seorang wanita dikenali sebagai Emi berumur 41 tahun, seorang lagi anak perempuan Dodi bernama Zanette Kalila Aazaria, 13, dan tiga pembantu rumahnya Fitriyanim, Windy dan Santi berumur antara 22 dan 23 tahun. -


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad