Terkini


Video: Mahkamah Kota Bharu Dikejutkan Dengan Panggilan Bom

Kota Bharu: Suasana di Mahkamah Kota Bharu di sini gempar selepas dipercayai menerima panggilan ancaman bom daripada individu yang tidak dikenali, 12 tengah hari tadi.



Sehubungan itu semua kakitangan mahkamah dan orang awam yang berada di perkarangan mahkamah diarahkan keluar.

Tinjauan Harian Metro di lokasi kejadian mendapati semua kakitangan mahkamah dan orang awam sudah berada di luar mahkamah.


Prosiding mahkamah terpaksa ditangguhkan sementara pemeriksaan dijalankan.

KAKITANGAN mahkamah dan orang awam diarahkan keluar sementara pemeriksaan dijalankan. FOTO: myMetro

Ini adalah kejadian kali kedua selepas operasi di Mahkamah Kota Bharu, Pejabat Tanah dan Galian Kota Bharu dan Mahkamah Syariah Kota Bharu terpaksa dihentikan buat berikutan menerima ancaman sama pada 29 November lalu.


Sumber: myMetro


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments