Header Ads

  • Terkini

    Video Yuna Cuba Dicium Artis Negro Bikin Kecoh Di Laman Sosial

    VIDEO Yuna cuba dicium artis negro bikin kecoh di laman sosial. Memang tidak dapat dinafikan kehebatan penyanyi Yuna yang kini mengorak langkah sebagai artis antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi.


    Video Yuna Cuba Dicium Artis Negro Bikin Kecoh Di Laman Sosial

    Namun, sebagai seorang artis popular, setiap pergerakan dan kehidupan sosialnya sudah menjadi perhatian peminat di dalam negara.

    Terbaharu, kecoh di media sosial apabila video Yuna dipeluk dan dicium rakan artis barat ketika menghadiri Soul Train Music Awards di Las Vegas tersebar, baru -baru ini.

    Dalam video tersebut, penyanyi yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya ini sedang diwawancara sebelum didatangi rakan artis lelaki, Anderson Paak dengan memeluk bahagian bahunya.

    Turut kedengaran suara pengacara yang menyatakan Anderson mahu menciumnya di mulut sambil dia turut memuji penyanyi kelahiran Sungai Petani itu.


    Yuna kemudiannya mengucapkan terima kasih dan memeluk rakan artis tersebut sebelum lelaki itu mencium pipinya.

    Tindakan Yuna dan rakan artis itu mendapat kritikan netizen kerana dianggap kurang sopan dan menjatuhkan imej wanita bertudung.

    Ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan Yuna yang seakan-akan ‘merelakan’ dirinya diperlakukan sedemikian kerana sudah tentu penyanyi itu tidak akan membiarkan artis di dalam negara malakukan perkara yang sama terhadapnya.

    Insiden ‘pelukan’ membabitkan penyanyi ini bukan perkara baharu kerana sebelum ini sekeping foto dia bersama Pharrell Williams tersebar di media sosial sehingga mendapat kritikan netizen.

    Pada Julai tahun ini juga, Yuna turut dipeluk erat oleh Usher ketika menyanyikan lagu duet mereka Crush yang juga mendapat kritikan peminat.




    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad