Header Ads

  • Terkini

    Annuar Musa Digantung Tugas Pengerusi Mara Serta-Merta

    KUALA LUMPUR, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa – Majlis Amanah Rakyat (Mara), hari ini menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai pengerusi agensi kerajaan itu dan juga Pelaburan Mara Berhad (PMB) berkuat kuasa serta-merta.



    Ahli Majlis Mara, Datuk Dr Yusof Yaacob berkata, keputusan itu diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

    Ianya dibuat bagi membolehkan siasatan dalaman dilakukan berhubung isu penajaan membabitkan pasukan bola sepak Kelantan.

    “Kita mahu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap institusi ini. Oleh itu, segala siasatan akan dibuat,” katanya selepas mesyuarat tergempar Ahli Majlis Mara di sini, hari ini.


    Dr Yusof berkata, Annuar sudah dimaklumkan mengenai perkara ini dan beliau akur dengan keputusan yang dicapai dalam satu mesyuarat tergempar tersebur.

    Susulan itu, semua tugas Annuar di agensi itu akan dipangku Dr Yusof.

    "Sehubungan itu, MARA terpaksa mengambil tindakan tuntas dengan menggantung tugas Annuar supaya isu ini tidak berlarutan sehingga menyebabkan keyakinan rakyat kepada pengurusan kerajaan semakin terhakis," katanya dalam sidang media, di ibu pejabat MARA, di sini sebentar tadi.

    Isu berkenaan tercetus selepas Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa MARA dan UniKL mengeluarkan dana bagi menaja TRW.

    Baca: Jangan 'Jolok Sarang Tebuan', Kata TMJ Kepada Annuar Musa

    Bagaimanapun, Annuar menafikan kedua-dua agensi itu dipaksa menaja pasukan berkenaan, sekali gus menolak kemungkinan wujud salah guna kuasa.

    Ditanya sama ada laporan mengenai isu terbabit akan dibuat terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Yusof berkata langkah itu belum dibincangkan.

    Beliau berkata MARA sebaliknya berhasrat menyelesaikan siasatan dalaman berkenaan sebelum mengemukakan sebarang laporan rasmi kepada SPRM.

    "Biarlah kita buat siasatan dalam rumah sendiri dulu sebelum ajukan perkara ini kepada SPRM jika mendapati wujud salah guna membabitkan Annuar.

    Annuar sudah dimaklumkan mengenai keputusan ini dan beliau akur supaya siasatan berhubung isu terbabit perlu dijalankan," katanya. Susulan keputusan itu, Yusof berkata, beliau akan memangku kedua-dua tugas Annuar sebagai Pengerusi MARA dan Pengerusi PMB selepas mendapat persetujuan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

    Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/242107


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad