Header Ads

  • Terkini

    ‘Datuk’ Tidak Mengaku Terlibat Dalam Pembunuhan Bill Kayong

    MIRI – Seorang ahli perniagaan tempatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap tuduhan bersubahat dalam pembunuhan setiausaha PKR Bill Kayong  @ Mohd Hasbie Abdullah.


    Datuk Tidak Mengaku Terlibat Dalam Pembunuhan Bill Kayong

    Datuk Stephen Lee Chee Kiang, 45, dituduh melakukan kesalahan itu bersama tiga yang lain di persimpangan lampu isyarat berhampiran E-Mart Supermarket di Jalan Kuala Baram pada kira-kira 8.20 pagi 21 Jun 2016.

    Pesuruhjaya Kehakiman Dr Alwi Abdul Wahab menetapkan 9 Jan sebagai tarikh sebutan semula kes selepas peguam David Chua, yang mewakili tertuduh, memberitahu mahkamah bahawa Orlando Chua, seorang lagi peguam yang mewakili Lee, sedang cuti sakit di luar negara dan dijangka pulang ke tanah air minggu depan.

    Baca → Suspek Kes bunuh Bill Kayong Serah Diri Di Balai Polis

    Lee dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibaca bersama-sama Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.


    Timbalan Pendakwa Raya Noor Fadzila Ishak bertindak bagi pihak pendakwa.

    Baca → ‘Datuk’ Didakwa Berhubung Kes Pembunuhan Setiausaha PKR

    Lee akan dibicarakan berama-sama tiga tertuduh lain yang dibawa ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

    Pada 25 Nov, pembantu peribadi Lee, Chin Wui Ching, 50, dan pemilik pub Lie Chang Loon, 37, meminta dibicarakan terhadap tuduhan bersubahat dengan Mohamad Fitri Pauzi, 29, membunuh Bill, yang nama Islamnya, Mohd Hasbie Abdullah.

    Bill Kayong sah seorang Islam dengan nama Mohd. Hasbie Abdullah

    Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di tempat dan pada tarikh sama, mengikut Seksyen 109, dibaca bersama-sama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Solat jenazah saudara Hasbi @ Bill Kayong

    Tertuduh pertama, Mohamad Fitri, juga mengaku tidak bersalah pada 25 Nov terhadap tuduhan membunuh Bill di tempat dan pada waktu sama mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad