Terkini


Emas Dan Wang Bernilai RM3 Juta Dirampas Di Rumah KSU KKLW

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Mohd Arif Ab Rahman direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dan rasuah.


Emas Dan Wang Bernilai RM3 Juta Dirampas Di Rumah KSU KKLW
Gambar BH Online
Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman terhadap Mohd Arif dan dua lelakinya yang berumur 29 dan 34 tahun .

Siasatan dijalankan mengikut seksyen 17(a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Mohd Arif disyaki telah menyalahgunakan kuasa dan kedudukannya sejak 2010 dengan meminta rasuah.

Siasatan awal mendapati beliau terlibat secara langsung dalam melantik daripada kontraktor, pembekal dan vendor.

Beliau telah ditahan di rumahnya di USJ Subang Jaya pada pukul 8 pagi, dalam masa sama SPRM turut merampas wang tunai dan jongkong emas bernilai kira-kira RM3 juta.


Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, Mohd Arif ditahan bersama seorang lagi individu selepas disyaki terbabit dalam rasuah.

“Seorang lelaki berusia 29 tahun yang turut ditahan dipercayai berperanan menerima dan menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal serta vendor yang mempunyai kepentingan dengan KSU terbabit,” katanya, semalam.


Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

No comments