Header Ads

  • Terkini

    Kemalangan Ngeri, Penunggang Motorsikal Maut Badan Terputus Dua

    Johor Bahru - Lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Yahya Awal di sini, hari ini. Dalam kemalangan 9 pagi itu, mangsa yang bekerja di hotel di Singapura maut dalam keadaan ngeri apabila badan terputus dua.


    Kemalangan Ngeri, Penunggang Motorsikal Maut Badan Terputus Dua

    Timbalan Ketua Polis Daerah II Johor Bahru Selatan, Superintendan M Kumar berkata, mangsa yang berusia 28 tahun itu maut di lokasi kejadian.

    “Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari Jalan Hutan Bandar di sini menuju ke Jalan Lingkaran Dalam, gagal mengawal motosikalnya.


    “Akibat kegagalan mengawal motosikal ditungganginya, mangsa kemudian masuk ke laluan bertentangan yang mana ketika itu datang kenderaan pelbagai guna (MPV) yang tidak sempat mengelak, lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

    “Akibat pertembugan itu, mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah badannya terputus dua,” katanya.

    Menurutnya, kes masih disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

    Sumber: Harian Metro


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad