Header Ads

  • Terkini

    Misteri Gambar Viral ‘Kaki Hilang’ Akhirnya Terungkai

    Satu gambar menjadi viral apabila jumlah kaki di dalam gambar tersebut tidak mencukupi. Ini kerana berdasarkan kepada gambar berkenaan, sepasang kaki dilaporkan telah hilang.


    Misteri Gambar Viral ‘Kaki Hilang’ Akhirnya Terungkai

    Memetik sumber berita, dalam gambar yang diambil semasa perayaan Krismas lalu menyaksikan enam orang sahabat mengambil gambar di sebuah sofa, namun hanya lima pasang kaki sahaja yang kelihatan.

    Kenapa hanya lima pasang kaki sahaja kelihatan?

    Bagaimanapun setelah dikira, hanya lima pasang kaki sahaja ditemui telah menimbulkan persoalan ramai. Siapa tak pelik, sepatutnya ada enam pasang kaki lah kan?

    Pelbagai andaian wujud hingga ada yang mendakwa salah seorang wanita tersebut berpura-pura menyorokkan kakinya. Ada juga yang mengatakan gambar tersebut merupakan satu permainan ilusi.

    Foto tersebut nyata mencipta misteri pelbagai pihak. Hinggakan rancangan televisyen negara ‘Fox & Friend’ turut melakukan siasatan mereka terhadap gambar tersebut.

    Misteri gambar hilang kaki akhirnya terungkai!

    Pemilik gambar berkenaan, Anna Manifel yang nyata mempunyai sepasang kaki turut merasa pelik dengan gambar tersebut dan bertanya soalan yang sama.

    “Di manakah kaki saya? Ini sangat pelik. Pada dasarnya saya bersama teman-teman hanya mengambil gambar bersama,” katanya dipetik sumber berkenaan.


    Keenam-enam gadis tersebut kemudiannya melakonkan semula keadaan di dalam gambar tersebut untuk mendapat jawapan. Nyata ia hanyalah satu ilusi optikal kerana gambar tersebut diambil dari bahagian kiri sofa membuatkan ada kaki yang terlindung.

    Rakan Manifel, Kelly McCarthy yang turut berada di dalam foto tersebut meluahkan kelegaan beliau apabila misteri berjaya dirungkaikan

    “Jadi secara umumnya, ia adalah sangat mengelirukan melihat foto ini dari bahagian sisi sofa ini,” katanya.

    Rupanya wanita ketiga dari kiri duduk mengangkang. Kaki wanita pertama dari kiri sepasang, kaki wanita kedua pula hanya nampak sebelah sahaja begitu juga dengan wanita keempat. Manakala wanita kelima dan keenam sepasang.


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad