Header Ads

  • Terkini

    Penduduk ‘Kenduri’ Ikan, Limpahan Air Sungai Pahang Bawa Rezeki

    PEKAN, 31 Jan — Walaupun banjir dianggap musibah, namun bagi penduduk Pekan terutama di Kampung Temai, Kampung Acheh dan Kampung Gachong, air Sungai Pahang yang melimpahi kampung mereka membawa bersama “rezeki.”


    Penduduk ‘Kenduri’ Ikan, Limpahan Air Sungai Pahang Bawa Rezeki

    Limpahan air sungai sejak beberapa hari lalu membawa pelbagai spesies ikan air sungai dan paya seperti sepat, puyu, keli, baung, patin, lampam dan seluang tersangkut di jaring dan pukat yang dipasang penduduk di sepanjang bahu jalan yang dinaiki air.

    Kebanyakan ikan yang berjaya ditangkap adalah dari saiz sebesar dua jari sehingga sebesar tapak tangan, malah ada yang sebesar lengan.

    Tinjauan Bernama mendapati suasana sepanjang Jalan Pekan-Paloh Hinai bagaikan pesta apabila penduduk memasang jaring dan menjala termasuk di ladang kelapa sawit yang bertukar menjadi “lautan.”

    Seorang kelindan lori yang ditemui Mohd Lukman Hakim Mohd Lazim, 23, berkata beliau menghabiskan masa dengan menjala di kawasan yang dinaiki air kerana tawaran kerja agak kurang semasa banjir.


    Salim Sulaiman, 45, yang menetap di Padang Rumbia di sini pula berkata beliau boleh mendapat antara lima ke enam kilogram ikan sehari, hasil menahan jaring dua atau tiga kali sehari.

    “Banjir di Pekan agak berbeza... di bahagian kanan jalan kita akan mendapat ikan sungai kerana air yang melimpah adalah air Sungai Pahang manakala bahagian kiri adalah air paya,” kata nya.

    Turut mencari ikan ialah Akmal Hakim Nordin, 5, yang mengikut abang iparnya yang pulang bercuti ke sini sempena Tahun Baharu Cina dengan menebar jala di bahu Jalan Pekan-Paloh Hinai. — Bernama


    Untuk dapatkan makluman berita terkini, viral dan informasi berguna dari blog ini melalui Facebook, sila LIKE page kami:

    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad